KLANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di Jalan Banting-Klang semalam dengan menumpukan pemeriksaan terhadap pematuhan undang-undang jalan raya.
Dalam operasi tersebut, beberapa kesalahan berjaya dikesan termasuk tiada Lesen Memandu Kelas CDL, kesalahan teknikal, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.
JPJ Negeri Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian serta menjalankan pemantauan secara berterusan berdasarkan aduan yang diterima, selain memastikan kenderaan perdagangan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan.
“Orang awam boleh menyalurkan sebarang aduan kesalahan lalu lintas menerusi e-mel aduantrafik@jpj.gov.my atau aplikasi e-aduan dengan menyertakan butiran pengadu serta maklumat aduan," kata kenyataan itu. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - JPJ Negeri Selangor