NEW YORK – Penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe semakin menghampiri rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia milik Lionel Messi selepas meledak dua gol ketika membantu Les Bleus membelasah Sweden 3-0 pada aksi pusingan kalah mati di Stadium MetLife, awal pagi tadi.
Dua jaringan Mbappe itu menyaksikan dia kini mengumpul sembilan gol di peringkat kalah mati Piala Dunia, sekali gus menjadi pemain dengan jumlah jaringan tertinggi dalam sejarah saingan tersebut.
Bintang berusia 27 tahun itu turut hanya dipisahkan satu gol untuk menyamai rekod 19 jaringan Piala Dunia yang dipegang Messi.
Malah, Mbappe kini turut berkongsi kedudukan teratas senarai penjaring terbanyak Piala Dunia 2026 bersama Messi dengan lapan gol.
Sementara itu, Bradley Barcola turut mencatat nama selaku penjaring untuk melengkapkan kemenangan bergaya Perancis.
Perancis dijadualkan berdepan Paraguay pada aksi suku akhir yang akan berlangsung di Philadelphia pada 4 Julai ini. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Getty