TANJUNG MALIM – Pasukan hoki dan olahraga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima tajaan pakaian rasmi daripada TBA Capital Sdn. Bhd. bagi menghadapi Sukan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (SUKUM) 2026 dan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.
Majlis penyerahan tajaan itu menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TBA Capital Sdn. Bhd., Datuk Tajuddin Ahmad menyerahkan sumbangan pakaian rasmi kepada kedua-dua pasukan berkenaan sebagai persiapan menghadapi temasya tersebut.
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff dalam kenyataannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Tajuddin atas kesudian menaja pakaian rasmi pasukan hoki dan olahraga universiti.
Menurutnya, sumbangan berkenaan bukan sahaja menjadi suntikan semangat dan motivasi kepada para atlet UPSI, malah melambangkan komitmen serta kepercayaan yang tinggi terhadap usaha memperkasa pembangunan sukan di universiti berkenaan.
Pasukan hoki dan olahraga UPSI akan menyertai SUKUM 2026 dan SUKIPT 2026 dengan memakai pakaian rasmi yang ditaja oleh TBA Capital Sdn. Bhd. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Naib Canselor UPSI
