NAGOYA – Malaysia meneruskan kempen cemerlang dalam acara Regu Berpasukan Lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Filipina 3-0 di Gimnasium Taman Mizuho, Nagoya City, hari ini.
Malaysia bermula garang menerusi Regu A yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi apabila menang mudah 15-2 pada set pertama.
Filipina kemudian memberikan tentangan lebih sengit pada set kedua, namun Malaysia kekal tenang untuk melengkapkan kemenangan 15-11.
Kemenangan turut diteruskan menerusi Regu B yang tampil meyakinkan apabila mencatat kemenangan straight set 15-5, 15-7.
Regu C kemudian melengkapkan kemenangan bersih Malaysia selepas mencatat keputusan 15-10, 15-9.
Lebih menarik, skuad negara menampilkan aksi konsisten dalam ketiga-tiga regu apabila tidak kehilangan sebarang set sepanjang perlawanan.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mengumpul dua kemenangan daripada dua perlawanan dalam Kumpulan B sekali gus mengukuhkan kedudukan ketika saingan pusingan awal diteruskan.
Bagi Filipina, mereka beberapa kali cuba memberikan saingan terutama pada penghujung aksi Regu A dan Regu C, namun konsistensi Malaysia akhirnya menjadi pemisah. – DETIK MALAYSIA
Kredit info / foto – ASTAF DESK NEWS | AICHI-NAGOYA 2026
