MOSCOW – Alvaro Arbeloa yang baru dilantik menggantikan Xabi Alonso kini berdepan tugas besar mengendalikan pasukan utama Madrid buat kali pertama dalam kariernya sebagai jurulatih.
Walaupun bermula hambar tersingkir awal Copa del Rey, Madrid mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam liga dan Eropah, sekali gus terus menekan Barcelona di puncak La Liga.
Namun Arshavin percaya Real Madrid masih belum berada pada prestasi sebenar dan berharap situasi sukar Arbeloa berterusan.
“Saya terkejut kerana Barcelona hanya mendahului satu mata sahaja dalam carta liga. Real Madrid sebelum ini bermain sangat buruk, jadi kedudukan mereka kelihatan berbeza pada pandangan saya.
“Namun saya rasa Arbeloa masih berada dalam situasi yang sukar. Sebagai penyokong Barcelona, saya berharap Arbeloa gagal. Bagi beliau, kunci utama adalah hubungan dengan pemain, bukan semata-mata strategi. Xabi Alonso tidak melakukannya,” kata bekas bintang bola sepak Russia itu.
Real Madrid kini menghuni tangga ketiga Liga Juara-Juara dan bakal menentang Benfica dalam aksi terakhir peringkat liga. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Fabrizio Romano