Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

ASEAN Hyundai Cup™ 2026 bakal gegar edisi ulang tahun ke-30 janji lebih sengit, lebih berprestij

Panya Isamael 15/11/2025 (Last updated: 15/11/2025) 0 comments
Untitled

KUALA LUMPUR – Kejohanan bola sepak paling berprestij di rantau ini, ASEAN Championship yang kini dijenamakan secara rasmi sebagai ASEAN Hyundai Cup™ 2026, bersiap sedia mencipta sejarah apabila edisi tahun depan bakal menandakan ulang tahun ke-30 sejak ia dianjurkan buat pertama kali pada 1996.

Sebanyak 11 pasukan kebangsaan Asia Tenggara akan berentap mempertaruhkan gelaran Juara ASEAN, menjadikan saingan kali ini antara yang paling dinanti dalam kalender bola sepak serantau.

Kejohanan dwitahunan yang mula dianjurkan di Singapura pada 1996 kini memasuki edisi ke-16, suatu bukti kukuh terhadap perkembangan pesatnya sebagai ikon budaya dan sukan di rantau ini.

Lebih menarik, Hyundai Motor Company tampil buat pertama kali sebagai penaja utama, mencerminkan nilai komersial tinggi kejohanan yang semakin mendapat perhatian global.

Juara bertahan, Vietnam, bakal turun dengan misi mempertahankan mahkota yang dimenangi hasil kemenangan dramatik 5-3 agregat ke atas Thailand pada final tahun lalu, antara aksi paling sengit dalam sejarah kejohanan.

Jadual Rasmi

AFF mengesahkan struktur pertandingan seperti berikut:

Peringkat Play-Off
📅 2 & 9 Jun 2026
Format timbal balik bagi menentukan satu pasukan terakhir ke peringkat kumpulan.

Peringkat Kumpulan (10 Negara)
📅 24 Julai – 8 Ogos 2026
Format round-robin, dianjurkan di pelbagai venue seluruh ASEAN.

Peringkat Kalah Mati (Timbal Balik)
📅 Separuh Akhir & Final: 15 – 26 Ogos 2026
Menampilkan tradisi perlawanan laman sendiri dan laman lawan yang sering mencetuskan malam bola sepak penuh emosi.

Tarikh rasmi Majlis Undian akan diumumkan AFF pada tahun hadapan.

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth, menegaskan pentingnya edisi kali ini yang menjadi simbol perjalanan 30 tahun kejohanan itu.

“ASEAN Hyundai Cup™ adalah pertandingan bola sepak antarabangsa paling utama di Asia Tenggara. Menyambut ulang tahun ke-30 sambil mengesahkan tarikh baharu edisi seterusnya adalah detik bersejarah.

Kami amat menghargai sokongan padu peminat sejak 1996. Dengan Hyundai sebagai rakan penaja baharu, kami yakin kejohanan ini akan melangkah ke tahap global sambil mengukuhkan legasinya untuk dekad-dekad akan datang," katanya.

Presiden Hyundai Motor Asia Pacific, Sunny Kim, berkata kerjasama ini menzahirkan komitmen Hyundai terhadap pembangunan masyarakat.

“Bola sepak lebih daripada sekadar sukan ia menyatukan dan memperkasakan komuniti, selari dengan visi Hyundai, ‘Progress for Humanity’.

Menjadi sebahagian daripada edisi ulang tahun ke-30 adalah penghormatan besar. Kami mahu memberi inspirasi kepada jutaan peminat di ASEAN melalui kuasa bola sepak," ujarnya.

Dengan ulang tahun ke-30, penajaan gergasi automotif global, serta persaingan yang semakin sengit antara negara ASEAN, ASEAN Hyundai Cup™ 2026 dijangka menjadi edisi paling hangat dalam tempoh tiga dekad penganjurannya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - ASEAN United

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bilik guru SBPI Sungai Lang terbakar 10 peratus
Next: SPRM kesan Adam Radlan bantu siasatan kes rasuah

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by