JOHOR BAHRU – Australia muncul juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) selepas menewaskan India 2-1 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, malam tadi.
Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian lapan tahun skuad muda Australia untuk kembali bergelar juara selepas kali terakhir melakukannya pada 2017, sekali gus menjulang trofi berprestij itu buat kali ketiga dalam sejarah kejohanan. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Malaysian Hockey Confederation