Skip to content
26/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Bot penumpang bawa lebih muatan, warga asing tanpa dokumen ditahan

Panya Isamael 19/10/2025 (Last updated: 19/10/2025) 0 comments
faa32e44-c728-4f22-9f59-af532ae05c58

PELABUHAN KLANG – Tindakan cuai sebuah bot penumpang yang membawa lebih muatan membawa padah apabila ia bersama seorang warga asing tanpa dokumen pengenalan diri ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dalam satu operasi petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot berkenaan dikesan kira-kira 0.24 batu nautika barat daya Tanjung Harapan oleh kapal Maritim yang sedang melaksanakan rondaan Op Ehsan, Op Tiris dan Op Murni di perairan Selangor.

“Pemeriksaan dilakukan sekitar pukul 2.50 petang ke atas bot penumpang dari Jeti Awan, Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Ketam yang didapati sarat membawa penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Muhaimin, hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 24 tahun yang bertindak sebagai nakhoda serta kru.

Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati bot berkenaan melanggar syarat lesen operasi apabila membawa lebih penumpang daripada yang dibenarkan serta menggunakan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh.

“Selain itu, seorang lelaki warga Myanmar berusia 41 tahun turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) kerana melanggar syarat lesen operasi, manakala penumpang warga asing terbabit disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Semua yang ditahan termasuk bot berkenaan telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

Abdul Muhaimin turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengusaha bot yang mengabaikan aspek keselamatan dan undang-undang.

“Pengusaha bot penumpang perlu sentiasa mematuhi peraturan bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin. Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuai dan mengancam keselamatan awam di laut,” tegasnya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Maritim Selangor

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Israel langgar gencatan senjata, bunuh 11 anggota keluarga Palestin – Mapim
Next: Magribi ‘ajar’ Argentina cara main final, rangkul Piala Dunia B-20

Related Stories

wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

Jais kekal terajui MCW bagi penggal 2026-2029

Panya Isamael 25/07/2026 0
Jais MCW
  • NASIONAL

MCW perkenal hala tuju baharu perkasa agenda antirasuah

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • Tan bangga semangat juang Harimau Malaya bangkit benam Myanmar
  • Harimau Malaya bangkit tumpaskan Myanmar
  • Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW
  • Jais kekal terajui MCW bagi penggal 2026-2029
  • MCW perkenal hala tuju baharu perkasa agenda antirasuah
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by