Skip to content
19/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Bumbung garage tercabut dihentam angin kencang di Sekinchan

Panya Isamael 22/10/2025 (Last updated: 22/10/2025) 0 comments
b40eb136-746b-450c-80b1-080b171ebb4d

SEKINCHAN. – Sebuah bumbung garage tercabut akibat angin kencang dalam kejadian yang berlaku petang tadi di Taman Aman, Sekinchan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.31 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan bergegas ke lokasi lima minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati bumbung garage berkenaan telah tercabut akibat angin kencang dan menghempap sebahagian bumbung rumah pemiliknya.

“Anggota bertugas menjalankan kerja-kerja menurunkan serta mengalihkan struktur bumbung yang tercabut bagi memastikan kawasan berkenaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan operasi diketuai oleh PBK II (KUP) Mohammad Fadzli Mustapa bersama enam anggota menggunakan satu jentera jenis FRT.

Ahmad Mukhlis turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada terutama ketika cuaca tidak menentu dan berangin kencang, dengan memastikan struktur tambahan seperti bumbung atau kanopi dipasang dengan kukuh bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit- Bomba Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Saman JPJ, PDRM diselaraskan mulai 1 Januari
Next: SPRM mohon bantuan Interpol kesan menantu Muhyiddin

Related Stories

bomba perak kemalangan
  • PELBAGAI

Dua maut, seorang cedera dua lori bertembung

Panya Isamael 17/09/2026 0
joran sutiba
  • PELBAGAI

Joran Merdeka SUTIBA tarik lebih 200 peserta

Solomon 16/09/2026 0
bomba
  • PELBAGAI

Lelaki maut tersepit bawah jentolak

Solomon 14/09/2026 0

TERKINI

  • DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti
  • Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib
  • Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali
  • Jasad pemancing hilang ditemui pada hari ketiga operasi CARILAMAT
  • Kembara Bersasar 2026 terus perkasa akses pendidikan, Orang Asli jadi kumpulan sasaran keempat
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by