Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Saman JPJ, PDRM diselaraskan mulai 1 Januari

Panya Isamael 22/10/2025 (Last updated: 22/10/2025) 0 comments
568568985_1358915598932683_2371605356345149590_n

PUTRAJAYA, 22 Okt. – Bermula 1 Januari 2026, sistem pengeluaran saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diselaraskan di bawah prinsip baharu 'the less you delay, the less you pay'.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelaksanaan sistem baharu itu bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang jalan raya serta menggalakkan pemandu melunaskan saman lebih awal.

“Mulai tahun hadapan, tiada lagi amalan diskaun bermusim. Sebaliknya, kadar pengurangan akan ditetapkan mengikut tempoh pembayaran 50 peratus bagi bayaran dalam tempoh 15 hari pertama, 33 peratus bagi hari ke-16 hingga ke-30, dan kadar penuh dikenakan bagi hari ke-31 hingga ke-60.

“Selepas tempoh 60 hari, tindakan mahkamah atau senarai hitam akan diambil terhadap pesalah trafik yang masih gagal menjelaskan saman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anthony berkata, sebelum sistem baharu itu dikuatkuasakan, pengguna jalan raya diberi peluang untuk melangsaikan semua saman tertunggak dengan kadar pengurangan antara 50 hingga 70 peratus sehingga penghujung tahun ini.

Menurutnya, tiada lagi sebarang diskaun akan diberikan kepada saman tertunggak selepas tempoh berkenaan.

“Saman bukanlah untuk dikutip berulang kali, sebaliknya ia berfungsi sebagai deterrent, iaitu peringatan dan hukuman bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin serta mengelakkan sikap pemanduan berbahaya,” katanya.

Beliau berkata, budaya keselamatan jalan raya yang baik tidak boleh dibentuk hanya melalui penguatkuasaan, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk syarikat penghantaran, pengusaha kenderaan berat, pemandu logistik dan orang awam.

“Matlamat utama kita bukan sekadar mengurangkan saman, tetapi membina sikap pemanduan yang selamat demi keselamatan diri, keluarga dan orang tersayang,” tambahnya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Anthony Loke Siew Fook

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pokok tumbang ragut satu nyawa di ibu negara
Next: Bumbung garage tercabut dihentam angin kencang di Sekinchan

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by