Skip to content
12/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Pokok tumbang ragut satu nyawa di ibu negara

Panya Isamael 22/10/2025 (Last updated: 22/10/2025) 0 comments
7752e53d-a18d-42c6-baba-0fada786517b

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara dilanda kekacauan petang tadi apabila kejadian ribut disertai hujan lebat mengakibatkan beberapa pokok tumbang, termasuk satu insiden tragik yang meragut nyawa seorang lelaki.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan antara pukul 4 petang hingga 5.30 petang berhubung insiden pokok tumbang di sekitar ibu kota.

Katanya, pasukan bomba segera dikerahkan ke lokasi-lokasi terjejas bagi menjalankan kerja penyelamatan, pembersihan, serta memastikan keselamatan awam terjamin.

"Antara kawasan terlibat ialah Jalan Metro Prima, Kepong Baru dan Hartamas Regency, Persiaran Dutamas, Taman Duta.

"Sebuah kereta dihempap pokok menyebabkan seorang wanita berusia 30-an cedera.Dua kereta rosak teruk selepas dihempap pokok tumbang. Seorang lelaki berusia 40-an disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, semua kejadian berjaya ditangani dengan pantas oleh anggota bomba yang bertugas, manakala kerja-kerja pembersihan dilaksanakan segera di semua lokasi terjejas.

“Pasukan bomba Kuala Lumpur akan terus berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan keadaan cuaca yang dijangka tidak menentu dalam tempoh terdekat,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MHO serah aduan rasmi kepada Bank Negara, desak siasatan Skim GRR
Next: Saman JPJ, PDRM diselaraskan mulai 1 Januari

Related Stories

kelapa bagan datuk
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Bagan Datuk bukan sekadar ‘Tanah Kelapa’, ada Blue Tears hingga Sky Mirror

Panya Isamael 08/08/2026 0
760536714_1573206114601340_6362585221339442862_n
  • PELBAGAI
  • SUKAN

19 negara gegar Piala Raja Thai, Bangkok sedia pentas terbaik sepak takraw dunia

Solomon 03/08/2026 0
JANAAN AI kemerdekaan
  • PELBAGAI

Di kota ini ku tumpahkan setia

Solomon 31/07/2026 0

TERKINI

  • MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen
  • Liverpool buru Camara, Monaco letak harga €50 juta
  • Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026
  • AFC, Concacaf, UEFA kecam Infantino, dakwa ‘pecahkan kepercayaan’
  • Program SUGAR buka peluang lebih ramai gadis ceburi bola sepak
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by