TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpeluang menerima delegasi dari Perancis dalam satu majlis makan tengah hari yang turut disertai wakil daripada Fakulti Teknikal dan Vokasional serta Fakulti Bahasa dan Komunikasi.
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pertemuan itu memberi pengalaman menarik apabila beliau berpeluang menikmati hidangan yang disediakan oleh chef profesional dari Perancis.
“Satu pengalaman yang cukup menarik apabila berpeluang menikmati hidangan hasil sentuhan chef profesional dari Perancis yang bukan sahaja menyajikan keenakan rasa, malah memperkenalkan keunikan budaya kulinari negara mereka.
“Semoga kolaborasi antara Embassy of France dan UPSI ini terus diperkukuh serta membuka lebih banyak peluang dalam memperkasa bidang kulinari, pendidikan dan pertukaran kepakaran pada masa hadapan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Naib Canselor UPSI
