Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Cubaan lolos gagal, 123 pekerja asing ditahan di Johor Bahru

Panya Isamael 16/11/2025 (Last updated: 16/11/2025) 0 comments
582274566_1270381075125906_3203156394905853898_n (1)

JOHOR BAHRU – Taktik licik sebuah kilang plastik yang dipercayai menggajikan pekerja asing tanpa dokumen sah terbongkar selepas lokasi itu diserbu Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor menerusi Ops Mahir, kelmarin.

Serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 7 malam pada 14 November itu melibatkan pegawai penguat kuasa pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan Negeri Johor dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, hasil serbuan mendapati, 123 pekerja asing dari beberapa negara ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Katanya, ia melibatkan kegagalan mengemukakan dokumen sah, bekerja tanpa kebenaran serta melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Daripada jumlah itu, penahanan membabitkan seorang lelaki Nepal, Bangladesh (45), Myanmar (23), India (3) dan satu lelaki Pakistan. Manakala 48 wanita Myanmar, satu wanita Nepal dan India berusia lingkungan 20 hingga 48 tahun juga dicekup. Turut ditahan seorang warga tempatan yang disyaki pegawai sumber manusia kilang terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata, suasana tegang tercetus apabila sebahagian pekerja bertempiaran melarikan diri dan cuba menyorok di kawasan tersembunyi sekitar premis, namun tindakan pantas anggota penguat kuasa berjaya mematahkan cubaan meloloskan diri dengan menutup semua laluan keluar.

Menurutnya, operasi berkenaan dilakukan selepas pemantauan rapi selama beberapa minggu berikutan aduan awam mengenai kegiatan sindiket menggajikan pekerja asing secara tidak sah bagi mengurangkan kos penggajian.

Susulan itu, kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Denda RM100,000 : SSFC mahu penyokong ambil iktibar
Next: Tindakan terhormat Universal Music & Dolla wajar dijadikan teladan

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City
  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by