Skip to content
22/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Dunia jangan lagi berdiam diri, teruskan tekanan hingga Palestin merdeka

Panya Isamael 08/10/2025 (Last updated: 09/10/2025) 0 comments
558854067_1296994562109608_3813089990194729375_n

KUALA LUMPUR – Masyarakat dunia diseru agar tidak lagi menjadi penonton terhadap kezaliman Israel, sebaliknya terus menekan kuasa besar dunia supaya mengambil tindakan tegas menghentikan genosid di Gaza.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perjuangan membebaskan Palestin kini memasuki fasa baharu yang menuntut keberanian dan kesatuan umat Islam seluruh dunia.

“Dua tahun selepas Taufan Al-Aqsa, dunia menyaksikan genosid paling dahsyat dalam sejarah moden. Lebih 65,000 nyawa terkorban, ratusan ribu cedera, dan seluruh Gaza menjadi padang tandus. Israel bukan sekadar membunuh manusia, tetapi cuba memadam semangat dan maruah Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penuh semangat pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza – Gelombang Malaysia Palestin Merdeka, sempena peringatan dua tahun Taufan Al-Aqsa dan Global Sumud Flotilla di Axiata Arena, malam tadi.

Beliau berkata, walaupun rejim Zionis berusaha menutup kebenaran melalui propaganda, dunia kini semakin sedar tentang hakikat sebenar yang berlaku di Gaza.

“Kebenaran tidak boleh dibungkam. Dari universiti ke jalanan, dari mimbar masjid ke dewan parlimen, nama Gaza kini menjadi lambang maruah umat dan kemanusiaan sejagat,” tegasnya.

Mohd Azmi turut mengangkat peranan Malaysia sebagai negara yang konsisten memperjuangkan nasib Palestin di peringkat antarabangsa.

“Kami menghargai ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan Malaysia di barisan hadapan mempertahankan Palestin di pentas dunia. Ketegasan Malaysia menolak hipokrasi kuasa besar adalah manifestasi keberanian negara berdaulat,” katanya.

Menurutnya, Malaysia perlu terus memimpin gerakan global untuk membentuk pakatan antarabangsa melawan kezaliman Zionis, dengan menggerakkan negara-negara Islam, Dunia Selatan dan masyarakat kemanusiaan sejagat.

Katanya, solidariti tidak boleh sekadar berhenti pada laungan atau perhimpunan, sebaliknya mesti diterjemahkan melalui tindakan konkrit.

Tambahanya, perjuangan Palestin masih jauh daripada selesai, namun semangat ketabahan rakyat Gaza kini telah meresap dalam jiwa umat Islam di seluruh dunia.

“Hari ini kita berhimpun bukan sekadar mengenang penderitaan, tetapi memperbaharui janji. Kita tidak akan berhenti sehingga Palestin benar-benar merdeka. Gaza bukan hanya wilayah yang dikepung, Gaza adalah hati umat Islam. Selagi hati itu berdegup, perjuangan ini akan terus hidup,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: “20 jam perjalanan, tak kisah kos, asalkan tengok Kuching City menang depan mata”- Penyokong The Cats
Next: Kapal Conscience tiba di Pelabuhan Ashdod

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar

Arisna Wiguna 21/07/2026 0
Azmi
  • NASIONAL

Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula

Panya Isamael 21/07/2026 0
Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - Pameran Agensi Atom Malaysia
  • NASIONAL

LEBIH 20,000 SERBU MINGGU SAINS NEGARA DI TERENGGANU

Panya Isamael 21/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by