Skip to content
22/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Kapal Conscience tiba di Pelabuhan Ashdod

Panya Isamael 09/10/2025 (Last updated: 09/10/2025) 0 comments
558300593_1197175492443963_3449672669605312732_n

KUALA LUMPUR – Kapal Conscience yang membawa 92 individu terdiri daripada doktor perubatan, wartawan serta aktivis kemanusiaan termasuk lapan rakyat Malaysia, dilaporkan telah tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel, awal pagi tadi.

Menurut Humanitarian Care Malaysia (MyCare) dalam satu kenyataan di Facebook, ketibaan kapal tersebut disahkan selepas ia dipintas tentera Israel ketika dalam misi kemanusiaan menuju ke Gaza.

“MyCare dimaklumkan bahawa para peguam daripada NGO Adalah kini berada di pelabuhan berkenaan bagi meninjau keadaan kesemua aktivis bagi pihak Freedom Flotilla Coalition (FFC),” katanya.

MyCare turut menyeru rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan semua peserta misi, khususnya rakyat Malaysia yang terlibat.

“Sama-sama kita doakan agar mereka semua berada dalam keadaan baik dan selamat,” katanya.

Terdahulu, Detik Malaysia melaporkan kesemua 145 delegasi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Miles to Gaza (TMTG) yang ditahan rejim Israel dijangka tiba di Pelabuhan Ashdod dalam tempoh antara 10 hingga 11 jam selepas kapal mereka dipintas pada kedudukan 120 batu nautika dari pantai Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, berdasarkan maklumat terkini, kapal yang membawa para sukarelawan kini sedang dikawal oleh tentera Israel menuju ke Pelabuhan Ashdod dengan kelajuan sekitar 10 hingga 11 knot. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Reuters

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Dunia jangan lagi berdiam diri, teruskan tekanan hingga Palestin merdeka
Next: Mapim desak gelombang kedua flotilla digerakkan

Related Stories

Azmi
  • PELBAGAI

Perang Iran dibina atas pembohongan, antara kesilapan dasar luar terbesar AS

Panya Isamael 18/07/2026 0
dbkl
  • PELBAGAI

DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun

Panya Isamael 13/07/2026 0
Ahmads_HotChicken_800px
  • PELBAGAI

Ahmad’s Fried Chicken kini Ahmad’s HotChicken

Panya Isamael 07/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by