Skip to content
26/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Hantar pasukan PBB segera, hentikan genosid Israel – Mapim

Panya Isamael 21/10/2025 (Last updated: 21/10/2025) 0 comments
558865899_1291830142626050_960301808734773225_n

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar segera pasukan pengaman ke Gaza susulan tindakan ketenteraan Israel yang terus melakukan serangan walaupun gencatan senjata telah diumumkan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, berdasarkan laporan rasmi Government Media Office Gaza (Kenyataan Media No. 1008 dan 1009), tentera Israel telah melakukan lebih 80 pelanggaran gencatan senjata, menyebabkan 97 rakyat Palestin syahid dan lebih 230 lagi cedera, termasuk wanita serta kanak-kanak.

Katanya, jenayah itu merangkumi tembakan ke atas orang awam, pengeboman kawasan perumahan, penggunaan serangan “tali api” (fire belt) serta operasi dron yang menyasarkan penduduk awam di seluruh wilayah Gaza.

“Kereta kebal dan jentera perang Israel masih ditempatkan di pinggir kawasan kediaman manakala dron pengintip terus menyerang setiap hari. Ini bukti jelas bahawa Israel langsung tidak berniat menghormati gencatan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu membuktikan Israel terus menjalankan kempen genosid tanpa sebarang rasa takut terhadap undang-undang antarabangsa. Gencatan senjata, katanya, hanyalah “topeng” untuk meneruskan pembunuhan dan penindasan terhadap penduduk Gaza.

Menurutnya, Mapim turut mengecam kegagalan PBB dan negara penjamin gencatan senjata yang disifatkan berdiam diri terhadap jenayah perang berkenaan, sekali gus memberi ruang kepada rejim Israel untuk bertindak tanpa sekatan.


Tambahanya, keadaan di Gaza kini telah memasuki fasa genosid pasca gencatan senjata, dengan pembunuhan, penangkapan serta serangan berterusan yang menunjukkan rejim Zionis tidak boleh dipercayai dalam sebarang rundingan damai.

“Dunia tidak boleh terus berdiam diri sementara rakyat Gaza dibunuh di bawah helah gencatan senjata palsu. Hantar pasukan PBB sekarang lindungi rakyat Gaza sebelum segalanya terlambat,” katanya.

Beliau turut menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, ASEAN dan semua negara pencinta keamanan untuk bersatu menghentikan kekejaman yang disifatkan sebagai “tragedi kemanusiaan terbesar abad ini.” - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Beberapa pemain Perlis GSA FC dijangkiti influenza sebelum aksi menentang Kelantan
Next: Alaves gugur pemain Malaysia, Facundo Garces terpalit skandal dokumen

Related Stories

wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

Jais kekal terajui MCW bagi penggal 2026-2029

Panya Isamael 25/07/2026 0
Jais MCW
  • NASIONAL

MCW perkenal hala tuju baharu perkasa agenda antirasuah

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • Tan bangga semangat juang Harimau Malaya bangkit benam Myanmar
  • Harimau Malaya bangkit tumpaskan Myanmar
  • Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW
  • Jais kekal terajui MCW bagi penggal 2026-2029
  • MCW perkenal hala tuju baharu perkasa agenda antirasuah
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by