Skip to content
27/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Alaves gugur pemain Malaysia, Facundo Garces terpalit skandal dokumen

Panya Isamael 21/10/2025 (Last updated: 21/10/2025) 0 comments
505758913_122128415804803027_4768643386535182268_n

MADRID – Karier pemain pertahanan naturalisasi Harimau Malaya, Facundo Garces, semakin malap selepas kelab Deportivo Alaves mengambil keputusan menggugurkannya daripada senarai skuad utama musim ini susulan hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut laporan The Wall Pass Journal, nama dan gambar Garces telah dipadam daripada laman web rasmi Alaves yang berpangkalan di Vitoria-Gasteiz, Basque, selepas FIFA mengesahkan pembabitannya dalam isu pemalsuan dokumen berkaitan proses naturalisasi.

FIFA sebelum ini mengumumkan bahawa tujuh pemain serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikenakan tindakan disiplin selepas didapati memalsukan dokumen kelahiran datuk atau nenek bagi membolehkan pemain terbabit beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Argentina itu memperoleh pasport Malaysia pada 2 Jun lalu melalui saluran keturunan nenek, namun hasil siasatan mendapati nenek Garces sebenarnya tidak dilahirkan di Malaysia seperti yang tercatat dalam dokumen rasmi FAM.

Susulan itu, Garces dikenakan penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak di bawah naungan FIFA selain denda wang tunai.

Dalam kenyataan rasmi bertarikh 27 September lalu, Alaves memaklumkan telah menerima notis daripada Jawatankuasa Disiplin FIFA berhubung hukuman terhadap Garces dan mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu tidak disenaraikan dalam perlawanan La Liga menentang Mallorca.

Dua hari kemudian, kelab yang digelar Babazorros itu mengumumkan penggantungan sementara terhadap pemain berkenaan sehingga proses siasatan dan perundangan selesai sepenuhnya.

“Pihak kelab menghormati keputusan FIFA dan akan mematuhi segala prosedur berdasarkan prinsip keadilan serta praduga tidak bersalah,” kata kenyataan rasmi tersebut.

Jurulatih Alaves, Eduardo Coudet, sebelum ini pernah menyatakan keyakinan bahawa kes membabitkan anak buahnya itu akan dapat diselesaikan dengan baik, namun selepas hampir sebulan, tiada sebarang perkembangan positif dilaporkan.

Garces kali terakhir beraksi bersama Alaves pada 24 September lalu sebelum digugurkan daripada skuad utama. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Malaysia NT

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Hantar pasukan PBB segera, hentikan genosid Israel – Mapim
Next: Lori tanah, lori sampah dan dua Myvi berlanggar di Kapar

Related Stories

lando norris
  • SUKAN

Norris akhiri kemarau kemenangan McLaren di Hungary

Arisna Wiguna 27/07/2026 0
safee sali
  • SUKAN

Safee dedah detik paling sukar selepas bersara

Arisna Wiguna 26/07/2026 0
litar sepang
  • SUKAN

F1 kembali ke Sepang, GP Bahrain 2026 sah diadakan di Malaysia

Arisna Wiguna 26/07/2026 0

TERKINI

  • Norris akhiri kemarau kemenangan McLaren di Hungary
  • Safee dedah detik paling sukar selepas bersara
  • F1 kembali ke Sepang, GP Bahrain 2026 sah diadakan di Malaysia
  • SMK Shah Alam cemas sebelum ikat SMK Gunung Rapat
  • Israeli violence in West Bank must stop immediately, says MAPIM
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by