Skip to content
19/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Ibu dituduh dera pembantu rumah, suami turut ditahan

Panya Isamael 24/10/2025 (Last updated: 24/10/2025) 0 comments
1863650

SERDANG – Seorang wanita berusia 59 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Klang semalam atas kesalahan memperdagangkan orang dengan cara ancaman selepas disyaki mendera pembantu rumahnya, seorang wanita warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kejadian itu terbongkar selepas seorang lelaki berusia 37 tahun menerima pesanan daripada adiknya melalui aplikasi WhatsApp pada 19 Oktober lalu, sekitar pukul 2.30 petang, memaklumkan sesuatu telah berlaku di rumah mereka.

“Hasil maklumat, pengadu diberitahu bahawa pembantu rumah telah didera oleh ibunya dengan cara memasukkan air panas ke dalam mulut mangsa kerana tidak memberitahu bahawa dia mahu menggunakan kicap ketika makan.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa sebelum ini turut pernah dipicit payudaranya hingga luka dan bernanah, disimbah air panas di kaki serta ditendang hingga menyebabkan giginya patah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang menahan suspek utama yang juga wanita berusia 59 tahun itu pada 20 Oktober kira-kira pukul 1 pagi dan menyelamatkan mangsa berusia 47 tahun.

“Tangkapan susulan turut dibuat pada 23 Oktober terhadap suami suspek, seorang lelaki tempatan berumur 59 tahun,” katanya.

Menurut Muhamad Farid, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670] serta Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Katanya, selepas dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, kedua-dua suspek diarahkan dituduh di bawah Seksyen 13(a) ATIPSOM 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdagangkan orang dengan cara ancaman.

“Kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah dan mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah supaya menyalurkannya kepada pihak polis dengan menghubungi balai berhampiran atau IPD Serdang di talian 03-8074 2222. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Anwar terima kunjungan Puteri Arab Saudi
Next: Kerjasama pendidikan Malaysia–AS terus diperkukuh

Related Stories

bomba perak kemalangan
  • PELBAGAI

Dua maut, seorang cedera dua lori bertembung

Panya Isamael 17/09/2026 0
joran sutiba
  • PELBAGAI

Joran Merdeka SUTIBA tarik lebih 200 peserta

Solomon 16/09/2026 0
bomba
  • PELBAGAI

Lelaki maut tersepit bawah jentolak

Solomon 14/09/2026 0

TERKINI

  • DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti
  • Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib
  • Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali
  • Jasad pemancing hilang ditemui pada hari ketiga operasi CARILAMAT
  • Kembara Bersasar 2026 terus perkasa akses pendidikan, Orang Asli jadi kumpulan sasaran keempat
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by