Skip to content
01/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Kakatoo Quill City Mall perkenal promosi Ramadan istimewa selepas renovasi, gabungan warisan Nyonya & Sentuhan Kasih Bunda

Panya Isamael 17/01/2026 (Last updated: 17/01/2026) 0 comments
5e4edb01-d415-4648-9a2f-4266068e69a7

KUALA LUMPUR - Restoran Kakatoo di Quill City Mall melakar satu detik bermakna apabila menganjurkan Appreciation Night & Iftar Buffet bersempena pelancaran promosi Ramadhan 2026, yang julung kali diperkenalkan sebaik sahaja kerja-kerja renovasi terkininya siap sepenuhnya, malam tadi

Majlis yang bermula pukul 7 malam itu menghimpunkan kira-kira 100 orang tetamu jemputan, termasuk beberapa individu bergelar Tan Sri, Datuk Seri serta tokoh-tokoh korporat dan kenamaan, sekali gus mencerminkan keyakinan serta sokongan berterusan terhadap jenama Kakatoo sebagai destinasi gastronomi berprestij di tengah ibu kota.

Promosi Ramadhan tahun ini tampil dengan tema 'Santapan Berbuka Warisan Nyonya', mengetengahkan pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja memuaskan selera, malah sarat dengan nilai nostalgia dan emosi.

Melalui pakej Corporate Iftar Buffet untuk 120 orang pada harga RM15,000, Kakatoo menawarkan pengalaman berbuka yang menyeluruh merangkumi jamuan eksklusif, tazkirah dan doa oleh ustaz jemputan, sumbangan CSR kepada madrasah, serta hamper eksklusif untuk tetamu terpilih.

Chef Bob, selaku ambassador restoran Kakatoo dan tokoh berpengalaman dalam dunia kulinari, telah memperincikan konsep menu yang dibawakan berakar daripada resipi tradisi keluarga dan masakan turun-temurun. Dengan tagline “Air Tangan Warisan Bonda”, beliau menegaskan bahawa setiap hidangan yang dihidangkan membawa roh kasih seorang ibu, kesabaran dalam penyediaan serta keikhlasan dalam rasa.

“Hidangan ini bukan sekadar makanan. Ia adalah cerita, kenangan dan warisan. Kita mahu tetamu merasai sendiri masakan yang mengingatkan mereka kepada dapur rumah, juadah kampung dan suasana berbuka bersama keluarga,” ujar Chef Bob ketika sesi penerangan menu.

Antara tarikan utama buffet ini ialah pelbagai juadah klasik Nyonya dan Melayu yang diolah dengan sentuhan autentik, merangkumi lauk pauk tradisional, aneka sambal, kuih-muih warisan, minuman nostalgia serta hidangan panas yang dimasak segar.

Kesemua ini disajikan dalam suasana restoran yang lebih moden dan selesa hasil renovasi terkini, tanpa menghilangkan identiti asal Kakatoo yang berteraskan warisan.

Lebih membanggakan, promosi Ramadhan ini turut diperkukuhkan dengan status Sijil Halal JAKIM yang telah dimiliki oleh Kakatoo sejak tiga tahun lalu, sekali gus memberi keyakinan penuh kepada pelanggan Muslim terhadap aspek kebersihan, penyediaan dan pematuhan syariah.

Pihak pengurusan Kakatoo menyifatkan penganjuran ini sebagai permulaan baharu yang signifikan, menggabungkan nilai tradisi, profesionalisme serta tanggungjawab sosial dalam satu pengalaman berbuka puasa yang bermakna.

Dengan sambutan menggalakkan dan kehadiran tetamu kenamaan, Kakatoo optimis bahawa promosi Ramadhan 2026 ini bakal menjadi antara pilihan utama korporat, agensi dan keluarga yang mencari pengalaman berbuka puasa yang eksklusif, autentik dan penuh nilai kekeluargaan di tengah kota Kuala Lumpur. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim kecam Trump, dakwa campur tangan AS cetus ketidakstabilan Iran
Next: Mapim gesa dunia halang pelanggaran gencatan senjata fasa kedua di Gaza

Related Stories

JANAAN AI kemerdekaan
  • PELBAGAI

Di kota ini ku tumpahkan setia

Solomon 31/07/2026 0
gambar hiasan ibu
  • PELBAGAI

Ramadan kali ini beza, mak !

Solomon 31/07/2026 0
PolyCCSkills 2026
  • PELBAGAI

PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope

Arisna Wiguna 28/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by