Skip to content
01/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mapim gesa dunia halang pelanggaran gencatan senjata fasa kedua di Gaza

Panya Isamael 18/01/2026 (Last updated: 18/01/2026) 0 comments
Ceasefire-photo-scaled

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyuarakan kebimbangan serius terhadap pengumuman pelaksanaan fasa kedua gencatan senjata di Gaza, susulan rekod pelanggaran berterusan oleh Israel sepanjang fasa pertama serta ketiadaan mekanisme akauntabiliti, penguatkuasaan dan perlindungan terhadap orang awam.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, gencatan senjata tanpa sebarang pertanggungjawaban bukanlah jalan menuju keamanan sebenar, sebaliknya berisiko menormalisasikan pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Fasa pertama gencatan senjata sebelum ini dicemari pelbagai pelanggaran termasuk pembunuhan, pengeboman, pemindahan paksa penduduk, sekatan bantuan kemanusiaan serta hukuman kolektif.

“Melangkah ke fasa kedua tanpa menangani pelanggaran ini hanya memberi ganjaran kepada sikap bebas hukuman dan menutup realiti sebenar di lapangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, gencatan senjata yang membenarkan pencabulan berterusan atas perlindungan politik bukanlah usaha ke arah keamanan, sebaliknya sekadar penjenamaan semula pencerobohan.

Mapim turut menegaskan bahawa Israel masih gagal memenuhi tanggungjawab kemanusiaan yang dipersetujui, khususnya berkaitan kemasukan tanpa halangan bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan keperluan perlindungan, selain pemulihan bekalan air, elektrik serta perkhidmatan perubatan.

Katanya, perlindungan terhadap penduduk awam yang kehilangan tempat tinggal terutama dalam keadaan musim sejuk juga masih tidak dipenuhi.

“Penerusan mekanisme sekatan walaupun gencatan senjata diisytiharkan merupakan bentuk kebuluran terancang dan paksaan kemanusiaan, yang jelas dilarang di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya.

Mapim turut memberi amaran bahawa tanpa pemantauan bebas, mekanisme penguatkuasaan serta tindakan terhadap ketidakpatuhan, fasa kedua gencatan senjata berisiko menjadi perisai politik bagi membolehkan jenayah berterusan.

"Ia termasuk dijadikan perlindungan diplomatik terhadap tindakan ketenteraan, alat mengawal kemarahan masyarakat antarabangsa serta kaedah melemahkan penduduk Gaza melalui penderitaan berpanjangan.

“Gencatan senjata secara berperingkat tidak boleh menggantikan keperluan sebenar iaitu perlindungan orang awam dan penamatan sepenuhnya kepungan Gaza,” tegasnya.

Dalam kenyataan sama, MAPIM menegaskan tanggungjawab besar terletak di bahu penaja, penjamin perjanjian, pihak pengantara serta komuniti antarabangsa, khususnya Amerika Syarikat.

Menurutnya, perlindungan politik yang membolehkan Israel melanggar perjanjian tanpa sebarang akibat menjadikan gencatan senjata itu tidak mampan dari segi struktur.

Sehubungan itu, Mapim mengulangi pendiriannya bahawa Gaza tidak memerlukan jeda sementara, sebaliknya penamatan kepungan secara menyeluruh, manakala penduduk awam memerlukan perlindungan sebenar dan bukan jaminan retorik.

Mapim turut mengemukakan beberapa tuntutan termasuk pemantauan antarabangsa bebas terhadap gencatan senjata, akses kemanusiaan penuh dan segera, perlindungan orang awam di seluruh Gaza, pertanggungjawaban terhadap semua pelanggaran serta laluan jelas ke arah penamatan hukuman kolektif.

“Fasa kedua gencatan senjata ini akan dinilai bukan berdasarkan pengumuman, tetapi realiti di lapangan.

“Jika pelanggaran berterusan, penderitaan rakyat Gaza berlanjutan dan kepungan masih dikekalkan, maka ia akan tercatat dalam sejarah bukan sebagai usaha ke arah keamanan, tetapi sebagai satu lagi episod penindasan terancang,” katanya.

Mapim menegaskan bahawa keamanan tanpa keadilan adalah rapuh, manakala gencatan senjata tanpa akauntabiliti hanyalah satu bentuk penipuan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kakatoo Quill City Mall perkenal promosi Ramadan istimewa selepas renovasi, gabungan warisan Nyonya & Sentuhan Kasih Bunda
Next: Mapim gesa Kristian serantau tolak Zionisme Kristian

Related Stories

Mohd Azmi
  • NASIONAL
  • TITIK PANDANG

Hijrah para sahabat ke Habsyah

Solomon 31/07/2026 0
bahasa melayu janaan AI
  • NASIONAL

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Penyatuan Rumpun Nusantara

Solomon 31/07/2026 0
mapim
  • NASIONAL

MAPIM kemuka lapan tuntutan reformasi agensi Bumiputera

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by