Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Kebakaran musnahkan stor sekolah menengah di Bangi

Panya Isamael 14/11/2025 (Last updated: 14/11/2025) 0 comments
InCollage_20251114_094028648

BANGI – Sebuah stor peralatan sukan di dalam kawasan sebuah sekolah menengah di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.54 pagi

Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba pada pukul 6.58 pagi dan mendapati sebuah bangunan kelas A berkeluasan 20 x 60 kaki persegi yang digunakan sebagai setor sukan terbakar 100 peratus.

“Anggota segera membuat operasi pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki dari pam jentera dengan bantuan air pili bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi pemadaman berjaya dikawal pada pukul 7.07 pagi sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 pagi.

Katanya, kerja-kerja overhaul kemudian dilakukan bagi memastikan tiada lagi sisa bara yang boleh mencetuskan nyalaan semula.

Menurutnya, operasi melibatkan 16 anggota dengan kekuatan jentera FRT (2 buah), EMRS (1 buah) dan Water Tanker (1 buah) dari BBP Bangi serta bantuan BBP Kajang. - DETIK MALAYSIA


Foto kredit - IHSAN BOMBA SELANGOR

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Anwar telefon pemimpin Kemboja, Thailand bincang usaha damai
Next: 3 individu termasuk wanita didakwa kes cedera dan khianat

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by