Skip to content
24/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Kereta terbabas langgar tiang elektrik, bapa maut tiga anak cedera parah

Panya Isamael 06/10/2025 (Last updated: 06/10/2025) 0 comments
044a98ab-2795-43b5-8ebf-f1ab10fff862

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut manakala empat ahli keluarganya cedera parah selepas kereta Proton Saga FLX yang mereka naiki terbabas lalu melanggar tiang elektrik di Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22 di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.20 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer.

“Setibanya di lokasi pada pukul 1.28 petang, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga FLX yang terbabas melanggar tiang elektrik.

“Terdapat lima mangsa dalam kenderaan berkenaan iaitu dua dewasa, dua kanak-kanak dan seorang bayi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba pada 1.45 petang namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang wanita berusia 38 tahun mengalami kecederaan parah dan diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

“Dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia tujuh dan empat tahun serta seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan turut mengalami kecederaan parah. Semua mangsa kanak-kanak telah dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya.

Operasi yang diketuai oleh PBK II (KUP) Haspezal Andam melibatkan tujuh anggota serta satu jentera jenis FRT dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.46 petang.

Tambahnya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Ihsan Bomba Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Cuepacs larang penjawat awam sertai aktiviti libat minuman arak
Next: Imigresen gempur pasar malam, ‘downtown’ 97 PATI ditahan

Related Stories

kambing
  • PELBAGAI

Kepala tersangkut palang besi, kambing diselamatkan APM

Solomon 20/09/2026 0
ular apm cheras
  • PELBAGAI

Ular masuk bangunan Hive 9 Mranti Park

Arisna Wiguna 19/09/2026 0
naazron polis
  • PELBAGAI

Tawaran kerja pengurus, lelaki rugi RM39,000

Arisna Wiguna 19/09/2026 0

TERKINI

  • UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
  • Pengarah sama, syarikat lain masih belum didakwa
  • Kecurian kabel ganggu talian telekomunikasi di Sungai Dulang
  • 652 penjawat awam terima ganjaran RM1.18 juta kerana tolak rasuah
  • Sekretariat Kesatuan Ummah Malaysia dilancarkan
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by