TELUK KETAPANG – Koperasi Homestay Teluk Ketapang (KHTK) mengadakan Sesi Takaruf Khas bersama dua pensyarah Institut Pariwisata Trisakti, Jakarta, Indonesia sempena program FAM TRIP 2026 di Anjung Semarak, di sini.
Sesi berkenaan bertujuan berkongsi pengalaman dan kepakaran kedua-dua pensyarah dalam memberikan khidmat nasihat serta membangunkan Desa Pelancongan atau Community-Based Tourism (CBT) di Indonesia.
Dua pensyarah terbabit ialah Dr. R.M.W. Agie Pradhipta dan Fifi Nofiyanti yang turut berkongsi beberapa strategi serta idea bagi membantu KHTK memperkasakan pembangunan CBT dan menjana pendapatan komuniti setempat serta koperasi.
Turut hadir ialah Ahli Lembaga Kehormat KHTK, JPKKP Teluk Ketapang, KRT Teluk Ketapang, Penyelaras HTK, Ketua Pembangunan Pakej HTK, Ketua Pembangunan Komuniti HTK dan Ketua Pembangunan Kg Stay HTK.
Dalam perkembangan berkaitan, KHTK bersetuju meneruskan kerjasama strategik dalam pembangunan CBT menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di Institut Pariwisata Trisakti, Jakarta, pada 7 hingga 10 Disember depan. – DETIK MALAYSIA
