Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Little India tumpuan utama kawalan keselamatan Deepavali 2025

Panya Isamael 11/10/2025 (Last updated: 11/10/2025) 0 comments
IMG-20251011-WA0056

KUALA LUMPUR – Komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga ibu negara menjelang sambutan Deepavali 2025 melalui pengugasan berterusan di kawasan tumpuan awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya melaksanakan satu walkabout di kawasan yang merupakan hotspot, iaitu lokasi tumpuan orang ramai terutama menjelang perayaan Deepavali.

"Kuala Lumpur memang sinonim dengan kawasan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan walkabout sempena Program Cakna Jenayah anjuran Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) Kuala Lumpur di Little India, Brickfields, di sini hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan pengawasan ini melibatkan kerjasama strategik antara polis sebagai pasukan penguatkuasa utama bersama agensi lain, termasuk ketenteraman awam, pihak berkuasa tempatan, rukun tetangga dan persatuan perniagaan tempatan.

“Kita lihat suasana di sini sangat meriah dan inilah yang kita mahukan kesejahteraan dan ketenangan yang berterusan. Melalui sinergi dengan MCPF serta komuniti setempat, kita dapat mencapai matlamat KL Sejahtera,” katanya.

Tambahnya, inisiatif sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa melalui penugasan di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan Kuala Lumpur terus kekal aman dan selamat untuk semua lapisan masyarakat. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Ihsan PDRM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Setiausaha politik PM santuni pesakit strok di Kuantan
Next: Juara bertahan Great Britain tumpas di tangan India

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by