Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Juara bertahan Great Britain tumpas di tangan India

Panya Isamael 11/10/2025 (Last updated: 11/10/2025) 0 comments
IMG-20251011-WA0016

JOHOR BAHRU - India memulakan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2025 dengan langkah kanan apabila mengecewakan juara bertahan, Great Britain 3-2 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, di sini hari ini.

Kapten pasukan, Rohit muncul wira apabila menghasilkan dua gol untuk membantu skuad bimbingan PR Sreejesh itu meraih tiga mata berharga.

Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan aksi seimbang dan berhati-hati di bawah cuaca panas yang mencecah 32 darjah celsius di Johor Bahru.

India bagaimanapun berpeluang untuk mendahului, namun dua pukulan sudut penalti dinafikan keampuahan penjaga gol Great Britain, Calum Douglas.

Gol yang dicari akhirnya menjelma buat India apabila Ravneet Singh meletakkan bola dijaring pada minit ke-23.

Kegembiraan India bagaimanapun tidak kekal lama apabila berselang tiga minit Great Britain menyamakan kedudukan menerusi jaringan Michael Royden.

India kemudian menggandakan jaringan hasil pukulan sudut penalti menerusi Rohit menuju ke penghujung suku ketiga. 

Berselang seminit kemudian Great Britain kembali mengikat kedudukan 2-2 hasil ledakan Kaden Draysey.  

Rohit sekali lagi mengganas apabila menyumbat gol kedua peribadi pada minit ke-52 untuk mengesahkan kemenangan berharga India. 

Sreejesh gembira dengan kemenangan itu kerana para pemain sudah mendapatkan rentak permainan sambil berharap mereka dapat mengekalkan momentum tersebut untuk aksi seterusnya. 

"Satu perlawanan yang bagus, tetapi kami melepaskan banyak peluang. Itu adalah kebimbangan besar kami. Bagi kejohanan besar seperti ini sangat penting buat kami untuk memanfaatkan setiap peluang dengan jaringan.

"Apa pun kami perlu terus memandang ke hadapan untuk kejohanan ini," katanya. 

Beliau turut memuji aksi terbaik yang diperagakan ayam tambatan mereka, Rohit yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

"Apabila mendapat peluang, dia akan cuba menjaringkan gol. Apabila tiba masa yang tepat dia juga mara ke hadapan dan menjaringkan gol untuk pasukan," ujar Sreejesh.

Dalam pada itu, jurulatih Great Britain, Jon Bleby meluahkan perasaaan bercampur baur dengan kekalahan tersebut.

"Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Ada bahagian yang saya gembira, begitu juga sebaliknya ada bahagian masih lemah.

"Ada beberapa pemain bermain dengan luar biasa, namun kami perlu lebih baik pada perlawanan akan datang.

"Malah ini juga adalah satu perlawanan yang sangat bagus untuk kedua-dua pasukan. Kami mendapat banyak peluang termasuk pukulan sudut penalti, namun ia tersasar beberapa kali," katanya.

Dalam aksi kedua pada Ahad 12 Oktober, India akan berdepan New Zealand pada jam 4.05 petang, manakala Great Britain akan bertemu Pakistan pada pukul 8.35 malam.

Satu lagi aksi bakal menemukan naib juara edisi lalu, Australia menentang pasukan tuan rumah, Malaysia pada pukul 6.15 petang. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - SOJC 2025

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Little India tumpuan utama kawalan keselamatan Deepavali 2025
Next: Saya tidak tinggalkan UMNO, saya dibuang

Related Stories

jihin hirata
  • SUKAN

Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata

Solomon 26/08/2026 0
MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by