Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • POLITIK

Saya tidak tinggalkan UMNO, saya dibuang

Panya Isamael 11/10/2025 (Last updated: 11/10/2025) 0 comments
FB_IMG_1760182745370

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan beliau tidak pernah meninggalkan UMNO, sebaliknya dibuang oleh individu tertentu dalam parti itu ketika berada di kemuncak khidmat dan bakti kepada parti.

Menurutnya, selepas beliau memuat naik gambar menerima watikah pelantikan daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, banyak pihak menghubunginya untuk bertanya sebab beliau meninggalkan UMNO.

“Saya tidak tinggalkan atau lompat parti. Saya dibuang oleh orang tertentu dari UMNO. Saya sahut pembuangan itu sebagai seorang pejuang dan memilih untuk terus berjuang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Annuar berkata, ketika dipecat, beliau masih aktif membantu parti sebagai Menteri, Ketua Bahagian dan bekas Setiausaha Agung UMNO, malah memainkan peranan penting dalam rundingan politik yang menyaksikan UMNO kembali ke tampuk pemerintahan selepas kekalahan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Saya berani katakan, saya turut berunding sehingga UMNO yang kalah teruk PRU-14 kembali bertakhta di Putrajaya dan mengisi jawatan Perdana Menteri semula. Saya boleh menulis buku mengenainya,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun tidak dicalonkan dalam PRU-15, beliau kekal setia kepada parti serta menolak tawaran menjadi calon mewakili parti lain. Namun, beliau mengakui tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pimpinan yang membelakangkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) berhubung dasar “No Anwar, No DAP”.

“Saya menentang rundingan gelap dengan Anwar dan DAP pada Ogos dan September 2020 serta tidak bersetuju dengan perpecahan UMNO daripada Pas dan Bersatu yang membelakangkan semangat Muafakat Nasional,” jelasnya.

Annuar berkata, akibat pendirian itu beliau dilabel sebagai penentang 'Jajaran Baru' dan akhirnya dipecat daripada parti, namun menerima keputusan itu dengan reda atas dasar prinsip perjuangan.

Katanya lagi, selepas disingkirkan, beliau bersyukur kerana Pas menerima dirinya dengan baik serta memberi ruang dan kepercayaan untuk terus berjuang dalam wadah baharu.

“Saya bersyukur mendapati idealisme perjuangan saya yang sudah tiada dalam UMNO kini makin subur dalam Pas. Pas lebih komited kepada politik berteraskan Islam, penyatuan ummah serta menolak politik wang, fitnah dan kleptokrasi,” katanya.

Annuar turut menegaskan beliau tidak memusuhi UMNO dan menyifatkan Pas kekal menghormati semangat Muafakat Nasional, selain mempunyai potensi besar untuk menjadi wadah utama orang Melayu dan umat Islam.

“Pas wajar menjadi pilihan kita semua, insya-Allah,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Juara bertahan Great Britain tumpas di tangan India
Next: PM tekankan pendidikan seimbang, seru tangani budaya buli di sekolah

Related Stories

kamari kasan
  • POLITIK

Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum

Panya Isamael 26/08/2026 0
Jais sprm
  • POLITIK

SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA

Panya Isamael 24/08/2026 0
azmi-mapim
  • NASIONAL
  • POLITIK

Hentikan pelantikan ahli politik aktif dalam GLC kritikal

Solomon 14/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by