Skip to content
19/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Arctic Open 2025

Panya Isamael 13/10/2025 (Last updated: 13/10/2025) 0 comments
IMG_6340

VANTAA – Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan–M. Thinaah, menampilkan aksi bertenaga untuk menjuarai Arctic Open 2025 selepas menewaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga–Kie Nakanishi, dalam dua set mudah 21-7, 21-9 hanya dalam masa 32 minit di Vantaan Energia Areena, semalam.

Dari awal permainan, Pearly-Thinaah menunjukkan keazaman tinggi dengan serangan tajam, kawalan gelanggang kemas serta ketangkasan membaca permainan lawan, sekali gus mendahului 11-4 sebelum menamatkan set pertama 21-7 dalam masa 14 minit.

Momentum cemerlang itu diteruskan pada set kedua apabila gandingan negara berkenaan menguasai sepenuhnya permainan, mendahului 11-3 sebelum menamatkan perlawanan 21-9 selepas Nakanishi gagal menampan pukulan deras Pearly di garisan tepi gelanggang.

Kemenangan bergaya itu sekali gus membalas kekalahan mereka pada final edisi tahun lalu, selain menghadiahkan kejuaraan World Tour kedua musim ini selepas kejayaan di Thailand Open pada Mei lalu.

Gandingan nombor dua dunia itu kini mencatat enam kemenangan daripada lapan pertemuan menentang Iwanaga-Nakanishi sejak kali pertama bertemu di Sydney International 2019, mengukuhkan lagi dominasi mereka ke atas pasangan Jepun tersebut.

Tahun 2025 turut menyaksikan musim gemilang buat Pearly-Thinaah yang sebelum ini muncul naib juara Kejohanan Dunia, selain menaiki podium di Japan Open, Indonesia Open dan Indonesia Masters.

Dengan kemenangan terbaharu ini, pasangan negara membawa pulang AS$37,525 (kira-kira RM159,000) manakala naib juara, Iwanaga-Nakanishi menerima AS$18,050 (sekitar RM76,000). - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Zaqhwan Zaidi didenda, dikenakan penalti Long Lap di Buriram
Next: Gangguan teknikal jejaskan operasi LRT Ampang/Sri Petaling

Related Stories

halim kader
  • SUKAN

Abdul Halim Kader mahu semua pegawai bersatu jayakan sepak takraw

Panya Isamael 19/09/2026 0
jais abdul karim
  • SUKAN

Integriti mesti bermula dengan kepimpinan

Panya Isamael 19/09/2026 0
kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0

TERKINI

  • Abdul Halim Kader mahu semua pegawai bersatu jayakan sepak takraw
  • Integriti mesti bermula dengan kepimpinan
  • DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti
  • Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib
  • Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by