Skip to content
22/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Pelan damai Trump hanya topeng penjajahan

Panya Isamael 04/10/2025 (Last updated: 04/10/2025) 0 comments
558865899_1291830142626050_960301808734773225_n

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam keras cadangan 20 Perkara Pelan Damai Gaz” yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, kerana disifatkan sebagai helah untuk mengabsahkan penjajahan Israel serta memecahbelahkan perjuangan rakyat Palestin.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pelan itu bukanlah inisiatif damai sebenar, sebaliknya cubaan menjadikan Gaza projek kemanusiaan semata-mata dengan memisahkannya daripada isu pokok iaitu penindasan, pencerobohan dan perampasan hak kedaulatan Palestin.

“Gaza adalah Palestin. Ia tidak boleh diasingkan atau dijadikan entiti berasingan kerana langkah itu jelas menyerang perpaduan rakyat Palestin.

“Akar utama konflik ialah penjajahan. Selagi Israel terus menceroboh tanah Palestin, memperluas penempatan haram serta mengekalkan dasar aparteid, tiada apa-apa pelan damai yang boleh berjaya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliua berkata, cadangan Trump hanyalah 'board of occupation' bukannya 'board of peace' kerana cuba mengalihkan tumpuan daripada jenayah Israel kepada sekadar bantuan kemanusiaan.

Menurut Mohd Azmi, masyarakat antarabangsa tidak boleh terpedaya dengan cadangan itu kerana perdamaian sebenar hanya dapat dicapai melalui penamatan penjajahan, pembongkaran penempatan haram, penamatan sekatan terhadap Gaza serta pemulihan penuh hak rakyat Palestin termasuk hak kembali (right of return) dan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Sehubungan itu, Mapim menggesa kerajaan, masyarakat sivil dan umat Islam seluruh dunia menolak pelan berkenaan sepenuhnya serta terus memperhebat solidariti terhadap Palestin selain mendesak Israel dibawa ke muka pengadilan antarabangsa atas jenayah perang.

“Keamanan tidak boleh dibina di atas penindasan. Keadilan untuk Palestin adalah asas sebenar kepada keamanan berkekalan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Vesel nelayan tempatan bersama 3 warga asing ditahan
Next: Remaja perempuan hilang selepas pulang sekolah

Related Stories

Azmi
  • PELBAGAI

Perang Iran dibina atas pembohongan, antara kesilapan dasar luar terbesar AS

Panya Isamael 18/07/2026 0
dbkl
  • PELBAGAI

DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun

Panya Isamael 13/07/2026 0
Ahmads_HotChicken_800px
  • PELBAGAI

Ahmad’s Fried Chicken kini Ahmad’s HotChicken

Panya Isamael 07/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by