Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Vesel nelayan tempatan bersama 3 warga asing ditahan

Panya Isamael 04/10/2025 (Last updated: 04/10/2025) 0 comments
403adb9c-3ddd-4a1d-b3ba-11817b24af2c

PELABUHAN KLANG – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) Kelas A ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor selepas dikesan melakukan aktiviti mencurigakan di perairan Tanjong Karang, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 12.50 pagi pada kedudukan 3.75 batu nautika barat daya Tanjong Karang.

“Ketika rondaan rutin, kapal Maritim Malaysia mengesan sebuah vesel sedang leka menangkap ikan di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan seorang tekong berusia 33 tahun bersama dua awak-awak berumur 32 dan 34 tahun, kesemuanya warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, ketiga-tiga kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah selain tiada kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk bekerja di atas bot berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati vesel terbabit turut melanggar syarat sah lesen apabila menggunakan peralatan selain menangkap ikan yang tidak didaftarkan serta tidak memiliki lesen untuk mengambil hasil kerang.

“Kesemua mereka ditahan bersama hasil tangkapan kira-kira 200 kilogram sebelum diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran serta menggunakan peralatan tidak sah.

Selain itu, mereka juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Abdul Muhaimin berkata, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

“Orang ramai boleh menyalurkan aduan atau maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 untuk tindakan segera,” katanya. - DETIK MALAYSIA


Foto kredit - Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Marinette dah ditawan, semangat orang Palestin tetap utuh
Next: Pelan damai Trump hanya topeng penjajahan

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by