Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Marinette dah ditawan, semangat orang Palestin tetap utuh

Panya Isamael 03/10/2025 (Last updated: 03/10/2025) 0 comments
InCollage_20251003_162457665

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Palestin yang dikenali sebagai Khalidmtr meluahkan isi hatinya mengenai penantian keluarganya terhadap ketibaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini menjadi perhatian dunia.

Menurutnya, sejak pagi beliau dan keluarga telah berada di pantai Gaza menantikan flotila berkenaan.

“Saya dan keluarga duduk di pantai Gaza sejak pagi menunggu GSF. Jika ia tidak tiba, apa yang harus saya katakan kepada keluarga saya?” katanya menerusi Threads.

Namun begitu, beliau tetap kesyukuran apabila nelayan di Gaza masih mampu memperoleh hasil tangkapan ikan dalam jumlah yang besar ketika pasukan keselamatan sibuk menghalang kemaraan flotila berkenaan.

“Alhamdulillah atas nikmat-Nya. Nelayan di Gaza berjaya menangkap ikan dalam jumlah besar ketika tentera sibuk menghalang GSF. Terima kasih atas doa kalian,” katanya.

Dalam perkongsian lain, Khalid turut menyatakan bahawa meskipun flotila itu berjaya disekat, semangat rakyat Palestin tidak akan luntur.

“Selamat pagi dari bumi maruah dan harapan. Walau sesulit mana keadaan, kami akan terus berpegang kepada harapan, percaya fajar baharu pasti akan datang. Jika GSF disekat semalam, saya yakin ia tidak akan dapat dihalang pada masa akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah kapal bernama Marinette, yang sebelum ini menjadi satu-satunya flotila terakhir dalam misi GSF menuju Gaza, dilaporkan baru sahaja ditawan tentera Israel.

Kapal Marinette merupakan kapal terakhir daripada 44 konvoi yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Manakala, aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri akui perjalanan seluruh peserta GSF gelombang pertama pada kali ini berakhir. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Reformasi pendidikan perlu seimbang antara AI dan nilai budaya
Next: Vesel nelayan tempatan bersama 3 warga asing ditahan

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by