Skip to content
23/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Peluang Kuching City FC ke final Piala FA belum berakhir

Panya Isamael 14/11/2025 (Last updated: 14/11/2025) 0 comments
affe748b-2861-4c18-92ae-9b194c1e80f4

PETALING JAYA - Legenda bola sepak Sarawak, Abdul Jalil Ramli menegaskan bahawa Kuching City FC masih berpeluang untuk mara ke final Piala FA 2025-2026 meskipun berdepan cabaran sukar menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Menurut kapten Sarawak yang berjaya menjulang trofi Piala FA pada 1992, beliau bangga melihat prestasi Kuching City sepanjang musim ini yang harus diberi pujian kerana mereka bukan sahaja tampil cemerlang dalam saingan Piala FA, malah berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super.

“Saya rasa setakat ni bukan sahaja dalam Piala FA, tapi dalam liga pun Kuching City pamerkan permainan yang baik. Kedudukan pun baik, dalam Top 3. Ini perkembangan positif untuk bola sepak di Sarawak,” jelas Jalil Ramli.

Mengulas aksi separuh akhir pertama, beliau berkata Kuching City sebenarnya menunjukkan peningkatan yang ketara apabila mampu menyaingi corak permainan JDT dan hanya tewas tipis 1-2.

Kata Jalil Ramli, JDT berada di tahap yang berbeza berbanding pasukan lain, namun memuji cara pemain Kuching City kekal tenang dan berani bersaing walaupun menentang pasukan gergasi itu.

“Jika lihat daripada corak permainan, banyak peningkatan ditunjukkan. Pada perlawanan pertama, Kuching City boleh menyaingi posisi dan rentak JDT. Cuma kalau dari segi pengalaman, memang berpihak kepada JDT," katanya.

Menjelang aksi timbal balik di SSI, beliau percaya tekanan sebenar kini terletak di bahu JDT yang perlu mempertahankan kelebihan agregat 2-1 di laman sendiri, manakala Kuching City 'boleh' turun tanpa tekanan.

“Walaupun ramai kata susah untuk Kuching buat kejutan, tapi saya rasa mereka masih ada peluang. Kuching tak ada apa untuk dirugikan, semua tekanan terletak pada JDT. Mereka perlu menang, sedangkan Kuching boleh main bebas dan cuba ambil peluang,” jelasnya.

Aksi Separuh Akhir (2) Piala FA 2025-2026 antara JDT dan Kuching City dijadual berlangsung pada 30 November di Stadium Sultan Ibrahim. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Young Tigers sedia mengaum di Piala Dunia Remaja 2025
Next: Anwar telefon pemimpin Kemboja, Thailand bincang usaha damai

Related Stories

Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish terlepas mata dengan beza 0.577 saat

Arisna Wiguna 23/11/2026 0
Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish bermula di petak ke-12 GP Portugal

Arisna Wiguna 22/11/2026 0
SAM penulis
  • SUKAN

100PLUS raikan program Sukan Media MSN-SAM 2026

Solomon 21/11/2026 0

TERKINI

  • Hakim Danish terlepas mata dengan beza 0.577 saat
  • Teluk Senangin jadi saksi ukhuwah Tahun 6 SRAR Manbail Ulum Bagan Datuk
  • MAPIM urges Israel to release Dr. Hussam Abu Safiya immediately
  • 54 rakyat Malaysia hilang di Nepal bukan peserta ekspedisi pendakian – MASFIH
  • Krisis Negeri Sembilan bakal jadi catatan sejarah 2036
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by