Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Pemandu Range Rover serah diri selepas video tular

Panya Isamael 23/11/2025 (Last updated: 23/11/2025) 0 comments
pemandu-suv-viral

KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan sebuah kereta dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Sungai Besi menghala ke Taman Naga Emas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam apabila sebuah Range Rover Velar dikesan dipandu dengan tayar belakang kanan pecah serta hancur sehingga kenderaan itu bergerak di atas pembahagi jalan.

Beliau berkata, aksi berbahaya berkenaan turut dirakam seorang penunggang motosikal sebelum kenderaan tersebut berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuchai Maju.

"Polis memaklumkan bahawa pemandu terbabit hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada 23 November 2025 kira-kira pukul 10 pagi. Tangkapan dan ujian saringan air kencing turut dijalankan terhadap individu tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut menyeru saksi tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular rakaman berdurasi satu minit itu dimuat naik melalui sebuah akaun media sosial pada 22 November 2025. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Wanita digigit ular sawa dalam tandas farmasi
Next: Hampir 2,000 sertai Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah

Related Stories

kpdn selangor
  • NASIONAL

KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700

Panya Isamael 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025

Solomon 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS

Arisna Wiguna 30/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by