Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Hampir 2,000 sertai Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah

Panya Isamael 23/11/2025 (Last updated: 23/11/2025) 0 comments
587211245_1380043663492878_4847497727444562851_n

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penganjuran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di kawasan itu sebagai bukti kekuatan komuniti dalam menjayakan agenda kesihatan nasional.

Beliau berkata, meskipun jadualnya di Sabah sangat padat sejak beberapa hari lalu, beliau tetap berusaha meluangkan masa bersama masyarakat Bagan Datuk yang disifatkan sentiasa dekat di hatinya.

“Alhamdulillah, sambutan masyarakat dalam Program Jelajah ANMS: Moh Kita Sihat pagi tadi sangat luar biasa. Seawal pagi lagi warga Bagan Datuk hadir dengan penuh semangat untuk mengikuti pelbagai aktiviti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, antara program yang mendapat sambutan ialah Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah yang menghimpunkan hampir 2,000 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk pelari antarabangsa dari 10 buah negara.

“Saya lihat kehadiran pelari antarabangsa menjadikan Bagan Datuk terus bersinar sebagai destinasi program kesihatan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau turut memuji komitmen komuniti melalui Gotong-Royong Mega Perangai Aedes 2.0 yang berjaya menggerakkan 400 peserta bagi memastikan kawasan perkampungan kekal bersih dan bebas denggi.

Zahid turut menghargai inisiatif MY Champion yang kini menyantuni lebih 90,000 komuniti di seluruh negara, sekaligus menunjukkan jaringan kesukarelawanan semakin kukuh dan matang.

“Insya-Allah, selagi ada ruang dan kesempatan, saya akan terus turun bersama masyarakat Bagan Datuk dan seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh budaya hidup sihat, membina komuniti yang lebih peka, aktif dan berdaya tahan demi masa depan keluarga serta negara,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Facebook Zahid Hamidi

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pemandu Range Rover serah diri selepas video tular
Next: Tekong, dua awak-awak ditahan tangkap ikan secara haram

Related Stories

kpdn selangor
  • NASIONAL

KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700

Panya Isamael 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025

Solomon 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS

Arisna Wiguna 30/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by