YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim meninjau persiapan akhir sambutan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur. 16 Oktober 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - Afi
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau suasana dan persiapan masyarakat Hindu menjelang sambutan Deepavali di Little India, Brickfields, semalam.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, kunjungan itu dilakukan sebaik selesai menghadiri program rasmi kerajaan, bagi melihat sendiri kemeriahan dan persiapan peniaga serta masyarakat India menjelang perayaan tersebut.
“Sebaik tiba, saya sempat menikmati minum petang bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa,” katanya.
Dalam pertemuan itu, Anwar turut mengumumkan beberapa inisiatif baharu bernilai RM42.25 juta bagi manfaat masyarakat India, antaranya program tuisyen percuma, pemberian komputer riba melalui inisiatif Peranti Siswa, serta penyelenggaraan dan pembaikan sekolah di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Selain itu, beliau turut meninjau beberapa kedai dan gerai jualan di tapak bazar Little India sambil menyapa peniaga serta bertanyakan mengenai persiapan mereka menjelang Deepavali.
“Semoga sambutan Deepavali tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat perpaduan,” ujarnya. - DETIK MALAYSIA.
Foto kredit - FB Anwar Ibrahim