Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Telefon bimbit murid Tahun 6 dirampas, cikgu terkejut kandungan lucah dan troll guru

Panya Isamael 17/10/2025 (Last updated: 17/10/2025) 0 comments
InCollage_20251017_080057365


KUALA LUMPUR – Tindakan pihak sekolah menjalankan pemeriksaan mengejut (spotcheck) terhadap beg murid hari ini membawa kepada penemuan mengejut apabila beberapa telefon bimbit milik pelajar Tahun 6 didapati mengandungi kandungan tidak sepatutnya termasuk gambar guru yang dijadikan bahan troll dan pelekat (sticker) aplikasi WhatsApp.

Menurut perkongsian seorang guru dikenali sebagai Fatheen Afiqah di Threads, pemeriksaan tersebut dijalankan selepas menerima arahan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) agar semua barangan tajam dan bahan terlarang dirampas bagi tujuan keselamatan.

“Di kelas saya (Tahun 3), yang dirampas cuma beberapa gunting dan mainan. Tapi di kelas Tahun 6, bersepah telefon bimbit kena rampas dan bila semak kandungan dalamnya, memang mengejutkan,” katanya.

Beliau berkata, antara yang ditemui dalam telefon tersebut ialah gambar guru dan ustaz KAFA yang dijadikan bahan jenaka serta pelekat WhatsApp, termasuk gambar seorang ustaz yang diambil ketika sedang baring di surau semasa sesi mengaji.

“Malah ada murid yang menangis teruk bila telefon dirampas. Bila ditanya ibu, katanya dia sendiri tak pernah pegang telefon anak, apatah lagi semak kandungannya,” ujarnya.

Fatheen turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada pihak sekolah.

“Bila tanya ibu kenapa tak bagi ayah pantau, katanya kalau dengan ayah, anak akan kena rotan. Dalam hati saya, memang patutlah rotan kalau simpan benda macam itu,” katanya.

Tambah beliau, isu berkenaan sepatutnya menjadi pengajaran kepada ibu bapa agar lebih tegas dalam mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak.

“Tak boleh salahkan anak 100 peratus, sebab ibu bapa pun jadi ‘enabler’. Tolong bangun ibu bapa, selamatkan amanah Allah, selamatkan anak-anak sendiri. Sampai bila cikgu je yang kena selamatkan anak anda?” katanya dalam hantaran tersebut. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: PM tinjau persiapan Deepavali di Little India, umum RM42.25 juta inisiatif
Next: FAM raih Anugerah Pengiktirafan Presiden AFC

Related Stories

PolyCCSkills 2026
  • PELBAGAI

PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope

Arisna Wiguna 28/07/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

Ahli Kongres AS perlu hormati kedaulatan Malaysia

Panya Isamael 23/07/2026 0
Azmi
  • PELBAGAI

Perang Iran dibina atas pembohongan, antara kesilapan dasar luar terbesar AS

Panya Isamael 18/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by