Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

FAM raih Anugerah Pengiktirafan Presiden AFC

Panya Isamael 17/10/2025 (Last updated: 17/10/2025) 0 comments
564617683_1342262333934292_4665281275949663164_n

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencipta sejarah tersendiri apabila menerima Anugerah Pengiktirafan Presiden AFC untuk Bola Sepak Akar Umbi (Kategori Perak) pada majlis AFC Awards Riyadh 2025 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, awal pagi tadi.

Kejayaan itu diumumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang turut mengucapkan tahniah kepada FAM atas pencapaian berprestij berkenaan.

“Tahniah kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana memenangi Anugerah Pengiktirafan Presiden AFC untuk Bola Sepak Akar Umbi (Kategori Perak)!” kata AFC dalam hantaran tersebut.

Anugerah itu menyaksikan FAM menewaskan dua calon lain iaitu Persatuan Bolasepak Guam (GFA) dan Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF).

Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin hadir mewakili badan induk itu untuk menerima anugerah berkenaan.

Sementara itu, pemain sensasi Al-Hilal, Salem Al-Dawsari diumumkan sebagai Pemain Terbaik AFC 2025, mengatasi pemenang tahun lalu, Akram Afif dan pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi.

Walaupun tidak merangkul gelaran tersebut, Arif mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama yang pernah dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik AFC, sekali gus menjadi pemain Asia Tenggara pertama tersenarai sejak tahun 2003. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Telefon bimbit murid Tahun 6 dirampas, cikgu terkejut kandungan lucah dan troll guru
Next: 82 rumah rosak dilanda ribut di Bagan Datuk

Related Stories

arab saudi afc
  • SUKAN

Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029

Solomon 30/07/2026 0
ANGKAT BERAT
  • SUKAN

Lima emas bukti jurulatih tempatan setanding terbaik dunia

Arisna Wiguna 30/07/2026 0
tan cheng hoe
  • SUKAN

Harimau Malaya semakin serasi, Cheng Hoe tetap waspada jumpa Thailand

Arisna Wiguna 29/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by