Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

82 rumah rosak dilanda ribut di Bagan Datuk

Panya Isamael 17/10/2025 (Last updated: 17/10/2025) 0 comments
561743629_122263720982022587_3493660129258375908_n

BAGAN DATUK – Sebanyak 82 buah rumah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dan Hutan Melintang dilaporkan rosak akibat hujan lebat dan angin ribut yang melanda, Rabu lalu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk, kejadian itu turut menyebabkan beberapa kediaman mengalami kerosakan bumbung serta struktur rumah.

Katanya, hasil tinjauan awal yang dijalankan antara pukul 9 hingga 11 pagi tadi mendapati, 45 buah rumah terjejas di kawasan Dun Rungkup, manakala 37 rumah lagi di Dun Hutan Melintang.

“Setelah mendapat beberapa aduan dan laporan berhubung kediaman yang terkesan akibat bencana alam yang berlaku pada petang semalam, pihak kami sedang menunggu laporan penuh daripada agensi berkaitan,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut, tindakan susulan akan dilakukan dengan kadar segera oleh pihak berkenaan dan agensi berwajib bagi membantu penduduk yang terjejas.

Pusat perkhidmatan itu turut menzahirkan harapan agar semua mangsa tabah menghadapi dugaan dan urusan bantuan serta pemulihan dapat dilaksanakan dengan lancar. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: FAM raih Anugerah Pengiktirafan Presiden AFC
Next: STR Fasa 4 diawalkan, 8.8 juta penerima terima bayaran mulai esok

Related Stories

JANAAN AI kemerdekaan
  • PELBAGAI

Di kota ini ku tumpahkan setia

Solomon 31/07/2026 0
gambar hiasan ibu
  • PELBAGAI

Ramadan kali ini beza, mak !

Solomon 31/07/2026 0
PolyCCSkills 2026
  • PELBAGAI

PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope

Arisna Wiguna 28/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by