Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Rasuah bukan isu politik, MCW junjung titah Tuanku Muhriz

Panya Isamael 15/01/2026 (Last updated: 16/01/2026) 0 comments
185922399_10224695105835888_2141045918590887495_n

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap titah tegas Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang menzahirkan kebimbangan serius terhadap gejala rasuah yang semakin berleluasa, selain kekecewaan terhadap pihak-pihak yang masih menyokong individu yang telah disabitkan bersalah atas jenayah rasuah.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, titah berkenaan bukan sekadar peringatan moral, sebaliknya merupakan teguran kenegaraan yang amat signifikan kepada seluruh lapisan masyarakat, khususnya pemimpin politik, penjawat awam dan institusi kuasa, agar tidak menormalisasikan rasuah atas apa jua alasan politik, emosi atau kepentingan sempit.

Menurut beliau, MCW bersetuju sepenuhnya dengan pendirian Tuanku Muhriz bahawa sokongan terhadap penjenayah rasuah mencerminkan kegagalan memahami bahaya sebenar rasuah yang mampu meruntuhkan integriti institusi, mencemar kedaulatan undang-undang serta merosakkan asas moral masyarakat.

“Lebih membimbangkan, sikap ini berpotensi membentuk budaya kebal undang-undang dan secara tidak langsung menghalalkan pengkhianatan terhadap amanah rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MCW menegaskan bahawa tiada ruang toleransi, kompromi atau sebarang usaha pemutihan imej terhadap mana-mana individu yang telah disabitkan bersalah atas kesalahan rasuah.

“Prinsip keadilan tidak boleh dirunding dan proses perundangan tidak wajar dipolitikkan atau dimanipulasi demi kelangsungan kuasa,” tegasnya.

Dalam pada itu, MCW turut menyokong seruan Tuanku Muhriz agar pihak-pihak yang masih mempertahankan penjenayah rasuah bermuhasabah serta menilai semula prinsip hidup dan pegangan nilai masing-masing.

Menurut MCW, sebuah negara yang ingin maju dan dihormati tidak boleh dibina di atas pembenaran moral terhadap perbuatan khianat yang merosakkan kepercayaan awam.

Selain itu, MCW memandang serius kepentingan penguatkuasaan undang-undang yang konsisten, bebas dan berintegriti tanpa layanan dua darjat, bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara dapat dipulihkan sepenuhnya.

“Integriti negara hanya dapat dipertahankan apabila undang-undang ditegakkan secara adil dan tegas, tanpa campur tangan politik atau kepentingan tertentu,” katanya.

MCW turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ketegasan dan kebijaksanaan Tuanku Muhriz dalam mempertahankan nilai kebenaran, keadilan dan amanah, yang selari dengan aspirasi rakyat Malaysia untuk melihat sebuah negara bebas rasuah, berdaulat dari segi undang-undang serta bermaruah di persada dunia. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: “Ini baru permulaan DNA Selangor” – Kim Pan-gon
Next: ASEAN Hyundai Cup 2026 : Cklamovski fokus bina masa depan Harimau Malaya

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by