Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

“Ini baru permulaan DNA Selangor” – Kim Pan-gon

Panya Isamael 15/01/2026 (Last updated: 16/01/2026) 0 comments
615616717_18547659244006712_913822678551406820_n

PETALING JAYA – Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan-Gon, meluahkan rasa bangga dengan aksi anak buahnya selepas membawa Gergasi Merah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2025/26, malam tadi.

Menurut pengendali kelahiran Korea Selatan itu, keputusan tersebut adalah ganjaran setimpal buat Selangor yang mendominasi perlawanan, khususnya pada separuh masa pertama.

“Saya rasa kami bermula dengan sangat baik dan mencipta banyak peluang jaringan, terutama pada separuh masa pertama. Kami mengawal sepenuhnya perlawanan. Jika kami menjaringkan gol lebih awal, perlawanan pasti berbeza,” katanya.

“Bagi saya, kami memang layak menang malam ini," katanya.

Pan-Gon turut memuji disiplin taktikal dan kesepaduan pasukan, menyifatkan pemain Selangor mempamerkan persembahan mantap dari awal hingga wisel penamat.

“Pemain bermain sangat baik sebagai satu pasukan. Pelan permainan kami jelas, kami mengawal perlawanan dan mencipta banyak peluang. Itu perkara penting untuk kami," katanya.

Selain itu, beliau mengakui sokongan padu penyokong di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjadi pembakar semangat buat pasukannya.

“Suasana sangat hebat seperti biasa. Kehadiran penyokong Selangor amat penting dan memberi kami tenaga untuk terus berjuang.”

Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu menegaskan kemenangan tersebut hanyalah sebahagian daripada proses membina identiti bola sepak Selangor.

“Kami ada sasaran yang jelas. Semua tahu ke mana kami mahu pergi. Kami sedang membangunkan DNA pasukan, DNA yang kuat dengan karakter, semangat, permainan yang dinamik dan bertenaga.

“Kami mahu penyokong yang datang menyaksikan bola sepak yang cantik, berintensiti tinggi dan bermentaliti kuat," katanya.

Dalam masa sama, Pan-Gon mengakui masih banyak aspek yang perlu diperbaiki, terutama dari segi penyudah.

“Pada separuh masa pertama, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol. Jika tidak menjaringkan gol, kita akan mengundang masalah. Untuk menjadi pasukan kuat, kita perlu menjaringkan gol awal. Kami cipta banyak peluang, tetapi itu belum cukup," katanya.

Beliau turut menegaskan sasaran utama Selangor musim ini adalah untuk merebut tiket ke pentas Asia.

“Musim ini, mendapatkan tiket Asia sangat penting. Saya sangat bangga dengan pengorbanan dan kerja keras pemain malam ini," ujarnya.

Mengulas tentang pembangunan skuad, Pan-Gon percaya Selangor memiliki barisan pemain berkualiti dan menekankan kepentingan kesatuan dalam pasukan.

“Ini skuad yang baik. Kami sedang bekerja, berkomunikasi dan memperbaiki suasana latihan. Perkara paling penting ialah kesatuan saling menyokong, menghormati dan sentiasa lapar untuk menang," tambahnya.

Kemenangan tersebut memastikan Selangor kekal dalam persaingan kelompok dua teratas liga, sekali gus menyuntik keyakinan bahawa Gergasi Merah kini semakin hampir untuk kembali mengukuhkan kedudukan mereka di pentas Asia. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - SFC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: JDT bangkit, kekal rekod menang 100 peratus
Next: Rasuah bukan isu politik, MCW junjung titah Tuanku Muhriz

Related Stories

Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT mahu tebus dua misi berdepan Kuching City

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by