Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

JDT bangkit, kekal rekod menang 100 peratus

Panya Isamael 14/01/2026 (Last updated: 15/01/2026) 0 comments
616559331_1460305415465430_5652281377792125313_n

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi mempamerkan DNA juara apabila bangkit menundukkan Kuching City FC 2-1 meskipun beraksi dengan 10 pemain, sekali gus mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam Liga Super Malaysia musim 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

JDT hampir membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi Bergson da Silva, namun gol tersebut dibatalkan selepas VAR mengesahkan berlaku kekasaran Jairo da Silva ke atas James Okwuosa dalam proses jaringan.

Tersentak, Kuching City yang turun dengan misi kekal di kelompok teratas berjaya mengejutkan tuan rumah pada minit ke-43 apabila Scott Woods menyudahkan hantaran Ramadhan Saifullah Usman. Walaupun gol itu pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid, semakan VAR mengesahkannya sah untuk meletakkan pelawat di hadapan 1-0.

Separuh masa kedua menyaksikan ketua jurulatih Xisco Muñoz bertindak pantas dengan memasukkan Manuel Hidalgo dan Yago da Silva bagi meningkatkan tempo permainan.

Drama memuncak pada minit ke-56 apabila kapten JDT, Natxo Insa, dilayangkan kad merah selepas VAR mengesan insiden menanduk Woods. Namun, hanya dua minit kemudian, Nacho Méndez meledak gol penyamaan yang membakar semangat Harimau Selatan.

Momentum itu diterjemahkan sepenuhnya pada minit ke-64 apabila Bergson melepaskan rembatan padu untuk gol kemenangan sekali gus jaringan ke-14 liga musim ini, melengkapkan kebangkitan sensasi JDT.

Bagi mengukuhkan benteng, Muñoz memasukkan Stuart Wilkin pada minit ke-70, dan pemain tengah Harimau Malaya itu bijak mengawal tempo sehingga wisel penamat.

Keputusan tersebut menyaksikan JDT kekal di puncak liga dengan 45 mata, manakala Kuching City jatuh ke tangga keempat dengan 28 mata, membuka laluan kepada Selangor FC mencabar kedudukan kedua.

Selepas ini, JDT bakal mengalihkan fokus ke Piala Malaysia pusingan 16 terbaik menentang PDRM FC pada 18 Januari, manakala Kuching City berdepan Penang FC pada hari sama. - DETIK MALAYSIA

Kredit Foto - JST

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Reformasi mesti putus rangkaian lama, bukan sekadar cantikkan sistem
Next: “Ini baru permulaan DNA Selangor” – Kim Pan-gon

Related Stories

Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT mahu tebus dua misi berdepan Kuching City

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by