Skip to content
02/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Reformasi mesti putus rangkaian lama, bukan sekadar cantikkan sistem

Panya Isamael 14/01/2026 (Last updated: 16/01/2026) 0 comments
475661711_940638104840883_5239800185363342097_n

KUALA LUMPUR – Usaha merombak Pelan Antirasuah di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) disifatkan tidak akan membawa makna sebenar sekiranya gagal menyentuh akar struktur perolehan pertahanan yang telah lama membuka ruang kepada konflik kepentingan, proksi serta kewujudan kartel.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim menegaskan, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah sebahagian besar ekosistem perolehan pertahanan negara telah lama dikuasai oleh rangkaian tertutup, termasuk syarikat yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan bekas pegawai tentera.

Menurut beliau, amalan “pintu putar” antara penjawat awam dan sektor swasta menjadikan proses tender yang kononnya terbuka sekadar bersifat kosmetik, sedangkan keputusan sebenar sering ditentukan melalui pengaruh serta hubungan lama.

“Jika struktur ini tidak dirombak, sebarang pelan antirasuah hanya memperindah sistem sedia ada tanpa menutup peluang rasuah secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, MCW mengemukakan beberapa pendirian tegas bagi memastikan reformasi perolehan pertahanan dilaksanakan secara berkesan.

Pertama, semua projek pertahanan perlu melalui tender terbuka tanpa pengecualian, kecuali dalam keadaan luar biasa yang mesti direkodkan, diaudit serta dipertanggungjawabkan secara bebas.

Kedua, proses penilaian tender hendaklah telus dan dikunci sejak awal, dengan penekanan utama kepada keupayaan teknologi sebanyak 70 peratus dan aspek kewangan 30 peratus. Sebarang perubahan kriteria atau rundingan di peringkat tender perlu dielakkan sepenuhnya.

“Rundingan, jika benar-benar perlu, hanya boleh dibuat selepas pemenang dipilih dan semua proses tersebut direkodkan secara terperinci,” jelasnya.

Ketiga, aspek penyelenggaraan dan sokongan sepanjang kitaran hayat aset mesti dimasukkan sebagai sebahagian daripada anugerah projek bagi memastikan akauntabiliti pemenang serta menutup ruang manipulasi melalui kontrak susulan.

Keempat, MCW menegaskan tender pertahanan perlu berteras tempatan, dengan penyertaan syarikat asing hanya dibenarkan melalui perkongsian strategik. Kawalan projek serta keupayaan penyelenggaraan mesti berada di tangan syarikat tempatan, termasuk pemindahan teknologi yang boleh diaudit.

Dalam pada itu, MCW mengingatkan bahawa reformasi sebenar pasti berdepan tentangan kerana ia mengurangkan budi bicara serta kuasa tidak formal dalam sistem sedia ada.

Namun katanya, jika kerajaan benar-benar komited untuk memulihkan kepercayaan awam, reformasi tersebut perlu dilaksanakan secara konsisten dan merentas kementerian, termasuk melibatkan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

“Integriti pertahanan tidak boleh dipulihkan dengan retorik semata-mata. Ia menuntut keberanian politik untuk memutuskan rangkaian lama dan membina sistem yang menutup peluang rasuah sejak awal,” tegas beliau. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ‘Parti Yeye’ jadi cermin disiplin Angkatan Tentera
Next: JDT bangkit, kekal rekod menang 100 peratus

Related Stories

JANAAN AI kemerdekaan
  • PELBAGAI

Di kota ini ku tumpahkan setia

Solomon 31/07/2026 0
gambar hiasan ibu
  • PELBAGAI

Ramadan kali ini beza, mak !

Solomon 31/07/2026 0
PolyCCSkills 2026
  • PELBAGAI

PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope

Arisna Wiguna 28/07/2026 0

TERKINI

  • Lebih 500 peserta sertai Olympiad Asia Pasifik di UMT
  • AFC senada UEFA, CONCACAF bantah cadangan pelaburan swasta Piala Dunia
  • Thailand sedia sambut 19 negara pada Kejohanan Dunia Sepak Takraw ISTAF 2026
  • ThaiGP buka tirai MotoGP 2027 di Buriram, cipta sejarah peraturan baharu
  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by