Skip to content
26/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Remaja cedera dilibas objek tajam di tepi jalan

Panya Isamael 21/10/2025 (Last updated: 21/10/2025) 0 comments
hm21msg1xs_1760978529

MELAKA – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun cedera di bahagian pinggang selepas dipercayai dilibas dengan objek tajam oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Tangga Batu berhadapan Taman Tangga Batu Seksyen, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa ketika itu membonceng motosikal kakak iparnya yang bekerja di sebuah kilang untuk pulang ke rumah mereka di Batu 9, Tangga Batu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kakak ipar mangsa tidak menyedari ada individu mengekori mereka sebelum kejadian.

“Namun secara tiba-tiba mangsa mengadu sakit di bahagian belakang dan meminta untuk berhenti di tepi jalan.

“Ketika itu, kakak ipar mangsa terlihat sebuah motosikal jenis Yamaha LC V8 berwarna biru gelap dinaiki seorang lelaki tidak dikenali memakai jaket warna gelap dan topi keledar biru yang memecut laju meninggalkan lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang awam yang berada di lokasi turut membantu mangsa sebelum remaja itu dikejarkan ke Hospital Melaka menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami luka sepanjang tujuh sentimeter di bahagian pinggang belakang. Namun, kedalaman luka tidak dapat dikenal pasti kerana terdapat banyak darah.

“Menurut doktor, kecederaan itu bukan akibat tikaman tetapi seperti dilibas dengan objek tajam berdasarkan koyakan panjang pada pakaian dan luka mangsa,” katanya.

Christopher berkata, polis kini sedang mengesan suspek terbabit dan menyiasat motif kejadian berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.

“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 011-26383960,” katanya.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial selepas gambar mangsa berpakaian hitam dan bertudung coklat sedang dibantu orang awam tersebar.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan mangsa mengalami luka berdarah di bahagian pinggang belakang dengan kesan darah pada pakaian serta di atas jalan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Gambar media sosial

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Xisco Muñoz gesa JDT tunjuk keperibadian dan fokus tinggi berdepan Chengdu Rongcheng
Next: Hannah Yeoh serah Jalur Gemilang kepada atlet muda negara

Related Stories

wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

Jais kekal terajui MCW bagi penggal 2026-2029

Panya Isamael 25/07/2026 0
Jais MCW
  • NASIONAL

MCW perkenal hala tuju baharu perkasa agenda antirasuah

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • Tan bangga semangat juang Harimau Malaya bangkit benam Myanmar
  • Harimau Malaya bangkit tumpaskan Myanmar
  • Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW
  • Jais kekal terajui MCW bagi penggal 2026-2029
  • MCW perkenal hala tuju baharu perkasa agenda antirasuah
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by