Skip to content
19/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Xisco Muñoz gesa JDT tunjuk keperibadian dan fokus tinggi berdepan Chengdu Rongcheng

Panya Isamael 21/10/2025 (Last updated: 21/10/2025) 0 comments
565233115_1394239682072004_4240770485876972480_n

CHENGDU – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Muñoz menuntut anak buahnya agar tampil dengan tumpuan penuh serta menunjukkan keperibadian kuat apabila menentang kelab China, Chengdu Rongcheng dalam aksi Kumpulan Timur Liga Juara-Juara AFC Elite 2025/26, hari ini.

Dalam sidang media rasmi pra-perlawanan, pengendali dari Sepanyol itu menegaskan kepentingan persiapan rapi, kekuatan mental dan kemampuan menyesuaikan diri sebelum berdepan cabaran pasukan lawan yang disifatkannya sebagai antara kuasa bola sepak baharu di China.

“Pertama sekali, esok sudah pasti satu perlawanan yang sukar seperti semua aksi dalam Liga Juara-Juara. Penting untuk kami memberi tumpuan kepada permulaan perlawanan. Kami sudah meninjau keadaan padang, walaupun tidak dalam kondisi terbaik, kami perlu menyesuaikan diri.

“Kami perlu berhati-hati dalam setiap situasi, fokus di kedua-dua kawasan dan sentiasa berwaspada kerana Chengdu memiliki pemain berkualiti di bahagian serangan. Apa yang penting, kami mesti tunjukkan personaliti dan berikan yang terbaik,” katanya.

Muñoz yang berjaya membawa Harimau Selatan memulakan kempen domestik dan serantau dengan baik, turut menjangkakan suasana di Stadium Bola Sepak Phoenix Hill akan cukup panas dan menguji ketahanan mental pemainnya.

“Kami tahu betapa fanatiknya penyokong di sini. Stadium pasti penuh dan penyokong tuan rumah akan memberi tekanan sejak minit pertama. Sebab itu kami perlu bersedia dari segi mental untuk mengharungi detik awal perlawanan.

“Perlawanan seperti inilah yang membuatkan kami menjadi pasukan lebih baik. Inilah bola sepak, dan inilah jenis aksi yang kami ingin mainkan,” ujarnya.

Dalam masa sama, bekas jurulatih Watford itu turut menzahirkan penghargaan terhadap layanan mesra yang diterima sejak ketibaan skuad JDT di Chengdu.

“Ini kali pertama kami menentang Chengdu dalam Liga Juara-Juara Elite. Dari lapangan terbang ke hotel dan ke stadium, semua orang di sini melayan kami dengan sangat baik.

“Bandar ini sangat cantik, rakyatnya juga membuatkan kami berasa selesa seperti di rumah sendiri. Kami gembira berada di sini dan tidak sabar untuk aksi esok,” katanya.

Bagi Muñoz, pertembungan itu bukan sekadar satu lagi aksi peringkat kumpulan, tetapi peluang untuk menguji keupayaan sebenar pasukannya dalam suasana mencabar di gelanggang lawan.

“Sebagai profesional, ia sentiasa sesuatu yang istimewa bermain dalam perlawanan sebegini dan di stadium sebegini. Walaupun padang tidak sempurna 100 peratus, itu bukan alasan kaami datang untuk bersaing dan tunjukkan kualiti sebenar kami,” tegasnya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - JST

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MU bangkit bergaya, jinakkan Liverpool di Anfield
Next: Remaja cedera dilibas objek tajam di tepi jalan

Related Stories

kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0
Aidil Shahrin
  • SUKAN

Aidil Sharin beri amaran ancaman bola mati Phnom Penh Crown

Solomon 17/09/2026 0
Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish sasar keputusan lebih bergaya di Austria

Arisna Wiguna 16/09/2026 0

TERKINI

  • DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti
  • Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib
  • Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali
  • Jasad pemancing hilang ditemui pada hari ketiga operasi CARILAMAT
  • Kembara Bersasar 2026 terus perkasa akses pendidikan, Orang Asli jadi kumpulan sasaran keempat
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by