Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

RM105 juta lesap, mangsa pakat serbu SPRM

Panya Isamael 24/11/2025 (Last updated: 24/11/2025) 0 comments
Untitled

PUTRAJAYA – Suasana di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini agak tegang apabila seramai 276 mangsa skim pelaburan saham hartanah dan i-RPS hadir membuat aduan rasmi berhubung kerugian keseluruhan lebih RM104.9 juta yang didakwa akibat diperdaya beberapa syarikat tempatan.

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mewakili kumpulan mangsa itu berkata, aduan dibuat bagi mendesak SPRM membuka siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM berikutan wujud elemen penipuan dokumen dan salah guna kuasa.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya menerima ratusan aduan sejak beberapa bulan lalu melibatkan syarikat yang menawarkan program pelaburan saham hartanah serta skim i-RPS dengan janji pulangan lumayan.

“Mangsa mendakwa modal pelaburan mereka bukan sahaja tidak diuruskan seperti dijanjikan, bahkan digunakan untuk tujuan yang tidak dimaklumkan.


"Lebih teruk, mereka diberikan dokumen yang diragui ketulenannya bagi melengah-lengahkan tuntutan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi syarikat terbabit hampir sama iaitu dividen dibayar hanya pada beberapa bulan awal sebelum tiba-tiba terhenti. Selepas itu, mangsa diberikan pelbagai alasan, termasuk dokumen yang dipercayai palsu atau disunting untuk mengaburi mereka.

“Kesemua 276 mangsa adalah pemegang saham yang sah, namun kerugian yang berlaku mencecah RM104,940,754.72. Ini bukan isu kecil, malah membabitkan ratusan individu dan jumlah kerugian yang sangat besar,” katanya.

MHO turut memaklumkan bahawa kes berkenaan mempunyai persamaan dengan satu siasatan lain di bawah Seksyen 18 Akta SPRM yang dijalankan pada penghujung 2024, melibatkan modus operandi hampir serupa.

“Kami gesa SPRM tidak memandang ringan perkara ini kerana mangsa terlalu ramai dan nilai kerugian sangat besar. Mangsa sudah buntu dan berharap siasatan menyeluruh dapat dimulakan segera,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh termasuk menyerahkan dokumen pelaburan, penyata transaksi, perjanjian saham dan bahan bukti lain bagi membantu siasatan.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada SPRM atas kesediaan menerima laporan hari ini dan berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak yang mengambil kesempatan,” katanya.

Aduan rasmi tersebut diserahkan kira-kira pukul 11 pagi tadi dengan kehadiran wakil MHO serta ratusan mangsa yang mahu pembelaan segera terhadap kerugian besar yang ditanggung. -DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Tekong, dua awak-awak ditahan tangkap ikan secara haram
Next: 104 unit rumah diarah dikosongkan akibat runtuhan cerun

Related Stories

kpdn selangor
  • NASIONAL

KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700

Panya Isamael 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025

Solomon 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS

Arisna Wiguna 30/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by