Skip to content
27/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

RM580 juta pacu kebangkitan sukan negara

Panya Isamael 11/10/2025 (Last updated: 11/10/2025) 0 comments
InCollage_20251011_141039252

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2026 disifatkan sebagai suntikan semangat baharu buat seluruh warga sukan negara apabila kerajaan memperuntukkan lebih RM580 juta bagi memperkasa ekosistem sukan di semua peringkat.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata komitmen Kerajaan Madani itu membuktikan kesungguhan untuk melonjakkan semula prestasi sukan tanah air, sekali gus memastikan Malaysia terus cemerlang di pentas antarabangsa.

Menurutnya, peruntukan tersebut merangkumi program berprestasi tinggi seperti Road to Gold (RTG), persiapan menghadapi Sukan SEA dan ASEAN Para Games 2027 yang bakal dianjurkan di Malaysia, pemerkasaan atlet para serta sukan orang pekak, selain penyelenggaraan dan pembaikan fasiliti belia serta sukan di seluruh negara.

“Naik taraf padang sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga merupakan langkah penting dalam memperkukuh pembangunan akar umbi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut menyifatkan pengiktirafan terhadap kejayaan beregu campuran Chen Tang Jie–Toh Ee Wei dan beregu wanita Pearly Tan–Thinaah Muralitharan di Kejuaraan Dunia BWF sebagai bukti pelaburan dalam sukan elit berbaloi dalam menjulang nama Malaysia di persada dunia.

Katanya, di peringkat akar umbi, geran sepadan RM30 juta untuk badan bukan kerajaan dan persatuan sukan akan memperluas asas bakat melalui pelbagai aktiviti sukan rakyat.

“Lebih strategik lagi, galakan kepada organisasi sukan diluluskan LHDNM untuk menggunakan sebahagian pendapatan bagi aktiviti sukan akan menarik penyertaan sektor swasta, menjadikan ekosistem sukan lebih mampan,” ujarnya.

Tengku Zafrul menegaskan, usaha bersepadu itu akan memastikan sukan terus menjadi wahana penyatuan dan kebanggaan negara.

“Bersama-sama, kita gemilangkan lagi sukan negara,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: KPM tidak berkompromi kes salah laku seksual di sekolah
Next: Sukan jadi jambatan perpaduan – Anwar

Related Stories

safee sali
  • SUKAN

Safee dedah detik paling sukar selepas bersara

Arisna Wiguna 26/07/2026 0
litar sepang
  • SUKAN

F1 kembali ke Sepang, GP Bahrain 2026 sah diadakan di Malaysia

Arisna Wiguna 26/07/2026 0
SMK Shah Alam
  • SUKAN

SMK Shah Alam cemas sebelum ikat SMK Gunung Rapat

Solomon 26/07/2026 0

TERKINI

  • Safee dedah detik paling sukar selepas bersara
  • F1 kembali ke Sepang, GP Bahrain 2026 sah diadakan di Malaysia
  • SMK Shah Alam cemas sebelum ikat SMK Gunung Rapat
  • Israeli violence in West Bank must stop immediately, says MAPIM
  • Tan bangga semangat juang Harimau Malaya bangkit benam Myanmar
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by