ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) selangkah ke separuh akhir Shopee Cup 2025/26 selepas membelasah Shan United 3-0 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, JDT meledak tiga gol menerusi Oscar Arribas (minit ke-65) dan dua jaringan Bergson Da Silva pada minit ke-67 serta 71.
Kemenangan bergaya itu membolehkan Harimau Selatan menguasai carta kumpulan dengan 10 mata, sekali gus berada di landasan terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – JST