Skip to content
21/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

SMK Seksyen 11 lolos ke saingan Piala Menteri Pendidikan B-14 2025

Panya Isamael 28/09/2025 (Last updated: 28/09/2025) 0 comments
3




 
KUALA LUMPUR - SMK Shah Alam meraih suntikan semangat apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas SMK Tabuan Jaya sekali gus memastikan mereka layak beraksi di peringkat suku akhir kejohanan bolasepak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2025 dengan rakan strategik 100PLUS.
 
Prestasi tidak menentu jelas meresahkan Lafizulnizam Abd Latip dan sedar hanya kemenangan ke atas SMK Tabuan Jaya sahaja akan memastikan pasukannya layak ke perlawanan suku akhir.
 
Melayan kunjungan SMK Tabuan Jaya dilaman sendiri, tuan rumah bagaimanapun terpaksa menanti sehingga minit ke 30 untuk membuka tirai gol.
 
SMK Seksyen 11 berjaya membuka tirai jaringan di awal permainan namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan selepas Muhd Daryan Firdaus Zakwan Amhad Firdaus didapati berada dalam kedudukan offsaid.
 
Ia tidak mematahkan semangat juang tuan rumah dan akhirnya membuka tirai gol di minit ke 30 hasil serangan balas yang disudahkan Syed Shahir Aidil Syed Zahabi untuk kedudukan 1-0.
 
SMK Tabuan Jaya nyata sukar untuk melakukan serangan bagi memburu gol penyamaan apabila lebih banyak bertahan untuk menyerap asakan pemain pemain tuan rumah yang terus menggandakan asakan untuk memburu gol kedua.
 
Minit ke 45, kesilapan pertahanan anak didik Anndrew Bong dihukum SMK Seksyen 11 yang menjadikan kedudukan 2-0 hasil penyudah Muhd Daryan Firdaus Zakwan Ahmad Firdaus.
 
Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan sekaligus memastikan tiga mata penting untuk SMK Seksyen 11 untuk melonjak ke tangga keempat Kumpulan A dengan 20 mata.
 
Kemenangan ini jelas melegakan Lafizulnizam namun masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan sebelum saingan suku akhir Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia bermula.
 
“Kami berjaya juga untuk dapatkan tiga mata walaupun bukan dalam keadaan prestasi yang terbaik tetapi kami bersyukur pemain pemain memanfaatkan peluang yang ada untuk dapatkan tiga mata.
 
“Untuk ke saingan seterusnya,kami perlu kekalkan tahap kecergasan dan keduanya adalah pastikan mereka bebas daripada kecederaan kerana perlawanan terakhir liga kami akan berdepan JDT (SMK Taman Desa Skudai B14),” kata Lafizulnizam.
 
Dalam pada itu pengendali SMK Tabuan Jaya, Andrew Bong melihat perkembangan yang positif ditunjukkan anak didiknya sepanjang musim ini
 
“Saya berterima kasih kepada pemain kerana mereka menunjukkan permainan yang baik tetapi bukan rezeki kita untuk menang semalam.
 
“Perkara yang positif mereka tunjukkan adalah peningkatan dari segi kemahiran individu dan komunikasi dalam pasukan. Kita akan melakukan persediaan awal untuk hadapi musim hadapan,” kata Andrew Bong.
 
Untuk rekod, lima pasukan teratas Kumpulan A dan tiga pasukan daripada Kumpulan B akan beraksi di peringkat suku akhir Piala Menteri Pendidikan Malaysia B-14 2025. - DETIK MALAYSIA
 
Kedudukan Pasukan

Kumpulan A
 
1.    Akademi Mokhtar Dahari B-14
2.    SMK Taman Desa Skudai B-14
3.    SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman
4.    SMK Seksyen 11
5.     SMK Ibrahim Fikri
 
Kumpulan B

1.    SMK Seri Titiwangsa
2.    SMK Taman Desa Skudai B-14 B
3.    SSBJ


About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Misi GSF hampir tiba ke Gaza kurang 400 batu nautika
Next: SPRM sah tiada unsur rasuah isu pemain warisan FAM

Related Stories

Azmi
  • PELBAGAI

Perang Iran dibina atas pembohongan, antara kesilapan dasar luar terbesar AS

Panya Isamael 18/07/2026 0
dbkl
  • PELBAGAI

DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun

Panya Isamael 13/07/2026 0
Ahmads_HotChicken_800px
  • PELBAGAI

Ahmad’s Fried Chicken kini Ahmad’s HotChicken

Panya Isamael 07/07/2026 0

TERKINI

  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
  • Rodney calon 10 pertahanan terbaik Liga M
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by