Skip to content
20/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

SPM bukan isu utama, keselamatan murid lebih penting – Dr. Maszlee

Panya Isamael 13/10/2025 (Last updated: 13/10/2025) 0 comments
464848986_1097160935117341_7594422757095496940_n

KUALA LUMPUR – Isu utama yang perlu diberi perhatian dalam kes rogol membabitkan pelajar sekolah menengah di Melaka bukanlah sama ada pelaku akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau tidak, sebaliknya keselamatan murid perlu menjadi keutamaan mutlak Kementerian Pendidikan (KPM).

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, jenayah seperti rogol bergilir, merakam dan menyebarkan perbuatan terkutuk di kawasan sekolah adalah sesuatu yang amat luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Jika saya masih mempunyai anak perempuan di sekolah, saya sendiri akan risau, takut dan bimbang dengan apa yang berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr. Maszlee berkata, insiden itu menambah keresahan ibu bapa selepas pelbagai kes yang berlaku sebelum ini termasuk kematian pelajar tahfiz, kes buli di asrama, gambar bogel palsu buatan kecerdasan buatan (AI) dan pengetua mencabul murid di sekolah Cina.

“Rakyat kini trauma, risau dan gundah gulana. Mereka mahu keyakinan terhadap keselamatan serta kualiti pendidikan di sekolah dipulihkan segera,” ujarnya.

Beliau berkata, KPM perlu menunjukkan ketegasan dan kepimpinan dengan mengambil langkah drastik bagi memastikan sekolah benar-benar selamat untuk semua murid.

“Rakyat mahu mendengar kenyataan seperti ini, SPM murid yang terlibat bukan isu utama. Isu keselamatan murid adalah keutamaan KPM dan kementerian tidak akan bertoleransi dengan sebarang perlakuan jenayah di sekolah.

"Sementara menunggu siasatan polis, pihak sekolah harus menggunakan kuasa yang ada untuk membuang pelajar terbabit sebagai mesej jelas bahawa sekolah ialah tempat paling selamat untuk anak-anak kita,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Dr Maszlee Malik

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Murid bersalah kes salah laku seksual di Melaka bakal dibuang sekolah – KPM
Next: UMNO Gerik istiqamah bantu rakyat susah

Related Stories

Qaseh Atika
  • NASIONAL

Enam hari hilang, keluarga cari Qaseh Atika

Solomon 19/09/2026 0
gaduh ktmb
  • NASIONAL

KTMB gantung tugas pekerja kontraktor terbabit insiden pergaduhan di Stesen Labu

Solomon 19/09/2026 0
DIJAVU’26
  • NASIONAL

DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti

Panya Isamael 18/09/2026 0

TERKINI

  • Enam hari hilang, keluarga cari Qaseh Atika
  • Jais bersedia pikul amanah di Nagoya
  • KTMB gantung tugas pekerja kontraktor terbabit insiden pergaduhan di Stesen Labu
  • Ular masuk bangunan Hive 9 Mranti Park
  • Tawaran kerja pengurus, lelaki rugi RM39,000
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by