Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • POLITIK

UMNO Gerik istiqamah bantu rakyat susah

Panya Isamael 13/10/2025 (Last updated: 13/10/2025) 0 comments
561265031_1374765630686814_2242940019419128242_n

GERIK – UMNO Bahagian Gerik komited memperkukuh gerak kerja parti di peringkat akar umbi bagi memastikan bantuan dan kebajikan rakyat terutama golongan susah terus diberi perhatian.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara resolusi penting hasil Pemukiman UMNO Bahagian Gerik di Pusat ILMU Janda Baik ialah menggerakkan semula seluruh 59 cawangan parti di bawah kedua-dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Temenggor dan Pengkalan Hulu.

Menurutnya yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), pengukuhan jentera melibatkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO itu bertujuan memastikan usaha membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.

“Tidak sepatutnya ada pelajar miskin mahupun yatim piatu yang tercicir daripada mendapat bantuan untuk meneruskan pengajian. Maklumat seperti ini boleh disalurkan melalui cawangan-cawangan UMNO di setiap kampung dan taman di Parlimen Gerik untuk disampaikan kepada pihak berwajib termasuk MARA,” katanya.

Dr. Asyraf yang dilantik sebagai ‘Bapa Angkat UMNO Bahagian Gerik’ oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan terus berusaha memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak di daerah itu tidak diabaikan.

Beliau berkata, resolusi tersebut merupakan hasil perbincangan tiga hari dua malam sempena Pemukiman UMNO Bahagian Gerik yang berakhir petang semalam. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SPM bukan isu utama, keselamatan murid lebih penting – Dr. Maszlee
Next: Rakyat bangga keberanian aktivis Malaysia sertai misi ke Gaza

Related Stories

Banjir Nepal
  • NASIONAL

54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
Azmi
  • NASIONAL

KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
CelcomDigi
  • NASIONAL

CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan

Arisna Wiguna 30/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by