Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

SPRM Pahang komited sokong kerajaan negeri laksana agenda integriti

Panya Isamael 27/01/2026 (Last updated: 27/01/2026) 0 comments
d5248f24-54b9-4fc5-b5ed-cbceb10a1b22

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti dan bebas rasuah.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud berkata, komitmen itu selari dengan kepentingan penghayatan prinsip Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) sebagai panduan utama dalam membentuk budaya kerja berintegriti dan berakauntabiliti.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail di Pejabat Menteri Besar Pahang, di sini hari ini.

Kunjungan hormat bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pahang dan SPRM khususnya dalam aspek tadbir urus, integriti serta usaha pencegahan rasuah selaras dengan aspirasi Keep Malaysia Clean (KMC) dan pelaksanaan NACS 2024 - 2028.

Dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa berkaitan pengukuhan integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri, pematuhan kepada prinsip ketelusan serta usaha berterusan membudayakan nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang turut menzahirkan penghargaan atas peranan dan komitmen SPRM dalam memastikan pentadbiran kerajaan sentiasa berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh inisiatif pencegahan rasuah termasuk program kesedaran awam dan pelaksanaan inisiatif di bawah agenda "Keep Malaysia Clean" serta NACS di peringkat negeri. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - SPRM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: FIFA sahkan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ditangguh
Next: KM, KKTM dan MJII kini dijenamakan sebagai TVETMARA

Related Stories

Mohd Azmi
  • NASIONAL
  • TITIK PANDANG

Hijrah para sahabat ke Habsyah

Solomon 31/07/2026 0
bahasa melayu janaan AI
  • NASIONAL

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Penyatuan Rumpun Nusantara

Solomon 31/07/2026 0
mapim
  • NASIONAL

MAPIM kemuka lapan tuntutan reformasi agensi Bumiputera

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by